kalaulah suatu ketika dahulu,
aku beranikan diri untuk bertemu dengan si dia.
mungkin sekarang aku dan si dia sudah berada dalam satu hubungan yang serius.
kalaulah suatu ketika dahulu,
aku beranikan diri untuk menjawab panggilan telefon dari si dia,
mungkin sekarang aku dan si dia bukan lagi sekadar berbalas comment di laman mukabuku.
kalaulah suatu ketika dahulu,
aku tidak sepi mendiamkan diri,
menghilang tanpa khabar berita,
diam tanpa membalas setiap pesanan dari si dia,
mungkin sekarang si dia pun tidak akan melakukan perkara yang sama kepadaku.
kalaulah suatu ketika dahulu,
aku punya keberanian untuk berada dalam sebuah hubungan yang matang dan serius,
mungkin sekarang akan tidak akan sepi bersendirian.
kalaulah suatu ketika dahulu,
aku bukanlah seorang yang takutkan komitmen,
mungkin sekarang aku dan si dia sudah punya sebuah keluarga kecil yang bahagia.
hakikat sebuah kalau.
mudah untuk aku menyalahkan masa lalu.
atas kesalahan yang aku sendiri lakukan.
aku tak seperti insan lain.
keberanian aku bukan untuk sebuah percintaan.
komitmen aku bukan untuk berkasih sayang.
masa depan aku bukan untuk air mata.
kalaulah aku tidak menyesal dengan setiap keputusan yang aku lakukan.
adanya aku disini,
adalah kerana ku menyesali kebodohan diriku di masa lalu
yang tidak pernah mengerti betapa kau ikhlas dalam perhubungan itu.
kalaulah aku sudah bersedia ketika itu.
segala-galanya mungkin berbeza sekarang ini.