Si Pembebel Siber

Seorang hamba di bumi ciptaan Pencipta. ~masih lagi dalam pencarian~

bukan salah perempuan yang tak cantik, tapi salah lelaki yang mata keranjang!!!!!!

by | | 0 comments
 bukan salah perempuan yang tak cantik, tapi salah lelaki yang mata keranjang!!!!!!

4 tanda sekiranya lelaki serius terhadap perhubungan

by | | 0 comments
Salam.

Sudah lama sebenarnya tak menaip di belog. Sebab ====> dah habis minat kot. Tapi hari ini tiba-tiba jadi rindu untuk berbelog. Sebab =====> ini sahaja tempat untuk aku luahkan perasaan.

Malas menulis. Jadi aku copypaste je dari belog ini .

kisahnya pasal ini =====> lagi malas mau tulis, so aku just ambil screenshot ja.



***** adakah aku ni sangat mudah cepat perasan??? bilamana dia luahkan masalah dia sampai menangis-nangis pada aku dan bilamana dia telefon bertanyakan khabar?


****#_#*** tak nak perasaan sesorang.

*** sudah lupa apa yang mahu ditulis sebenarnya.

by | | 0 comments
Salam.

Dah petang. Menunggu maghrib. Aku memang lain dari orang lain. Tapi aku tak kisah, asalkan hidup aku bahagia dan selama mana setiap perbuatan aku tak salah, maka aku akan kekal sebagaimana diri aku sekarang.

Tak boleh nak fokus sekarang. Even baca untuk exam next two weeks pon aku tak boleh nak fokus betul-betul. Masih lagi banyak main-main.

Tadi baca blog. Blogwalking. Suka sangat baca blog-blog malaysian women yang kawin dengan foreigners and menetap kat overseas. OK. Itu salah satu impian aku. OPPS...Bukan kawin dengan foreigner tetapi menetap di luar negara. Menetap di negara yang mempunyai empat musim. Mesti sangat best kan?

Memang impian, angan-angan dan cita-cita aku untuk menetap di luar negara selepas grad nanti. Aku nak kerja overseas, not in malaysia. Pernah aku bagitahu  my mom about this, then she says, kena la ada angan-angan tu baru kita boleh nak berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan.

Malaysia is not my choice! tak pa. Aku bukan budak scholar so aku tak terikat dengan kontrak kerajaan.
Aku memang tak nak kerja gomen malaysia.!!! Not unless they change their system first. Maybe if there's changes, aku akan consider balik.

*** sudah lupa apa yang mahu ditulis sebenarnya.


AKU SANGAT-SANGAT NAK KAWIN!!!!!

by | | 0 comments
Salam.

Feeling blues and blues and blues again. Satu rasa yang tidak terungkap oleh kata-kata dan tak tergambar oleh perbuatan. Susah untuk diterangkan dan susah juga untuk dilafazkan.

Semakin hari, semakin kuat perasaan ini. Semakin kerap aku alaminya. Dalam dilema dan dilema. OK. Aku juga manusia. Sebetulnya aku cuma manusia biasa. Punya hati dan juga perasaan. Punya jantung yang turut berdegup kencang.

Ok. Sejujurnya, aku rasa aku mahukan sebuah perkahwinan. WHAT? Oh, tiada apa-apa yang serius. Aku cuma mahu berkahwin. Kalau diikutkan rasa hati ini, mahu sahaja aku menjerit kepada seluruh dunia bahawa aku sudah tidak mahu hidup bersendirian. Aku mahu punya teman hidup seperti insan-insan lain diluar sana.

Cuma masalahnya, aku tak punya siapa-siapa. Aku tak ada teman untuk di jadikan calon . Aku juga tak pernah dirisik ataupun dipinang or even merisik or meminang sesiapa. Aku ni boleh diibaratkan sebagai himono onna. Tak laku. Tak ada sesiapa yang mahu.

Mama, anakmu ini juga manusia. Punya hati dan perasaan. Juga punya nafsu seperti insan-insan lain diluar sana. Walaupun seringkali aku katakan tidak, tetapi sebenarnya itulah yang paling aku mahukan. Aku sangat faham faham bahawa mama dan ayah tidak akan pernah faham apa yang aku rasa dan alami. DAn mereka tidak akan pernah cuba untuk faham perasaan aku.

Aku masih mencuba untuk menunggu dan bersabar untuk jangkamasa tiga tahhun lagi. Tapi itu sahaja hadnya. Tiga tahun sahaja. Kalau ada sesiapa yang merisik dan aku rasakan sesuai, aku akan terus terima. Tak mahu banyak kata. Tapi semua tu tak mungkni berlaku kan?

Agak-agaknya, bila aku balik malaysia kali ini, ada tak siapa yang nak masuk kawin dengan aku ni? Kalau boleh aku nak kawin dengan segera. Dah tak tahan ni. Memang aku perlukan seorang teman hidup dengan segera!!!!

AKU SANGAT-SANGAT NAK KAWIN!!!!!



Malu tapi mahu, Mahu tapi malu.

by | | 0 comments


Satu perasaan yang tak tahu nak gambarkan macam mana. 


Suka  dan rindu kepada seseorang tetapi orang tu tak tahu.


Malu nak luahkan sebab tak mahu kesudahan yang menyakitkan.


Lebih rela pendam perasaan ini  hampir 7 tahun.


Tak nak luahkan sebab rasa diri ini tak layak untuk si dia.


ok.


Mediastinum ni memang dah nak pecah rasanya!

Malu tapi mahu, Mahu tapi malu.

Alone

by | | 0 comments

all this time tak pernah berteman. 
I'm alone.
ya. Aku memang seorang loner. 
tak pernah berteman.

ada sesiapa yang faham perasaan ini?





Calmness. The thing that we are seeking for.

by | | 0 comments
Salam.

Another beautiful day. There was a lunar eclipse yesterday. It was claimed as the longest eclipse happened in hundred years time, but I'm not really into the astronomy things. But it is a trending thing for this few days, so everyone should know about it. 

I wrote nothing for a few days. Actually nothing happens but I am very lazy as usual. Maybe I should say and wrote that i am a very lazy person for the most of the time. Laying off, watching dramas, the usual routines every days. But then, suddenly I realized that I have an important exam to face. 

I'm not gonna do the same mistake as I did in the previous exam. Having a really big penyesalan and doubting myselft whether I'm fit or not to be in this course after struggling about three years. 

So, now. What should I do? The very things that I need to do is to discipline my self first! Wake up early at dawn. Perform the fajr prayer, recite the quran, do the qiamullai. Ask forgiveness from the Creator for every mistakes that I have done. Praying so that all those mistake will not prevent HIM the ALmighty from giving me  success in my study.  That's the right things to do. 

To make it short, I can say that the best method to discipline yourself is by being closer to the Creator, ALLAH SWT. Perform solat, recite quran, always do the zikr and you got all things that you wanted for. But the most important thing is, you will get to know yourself more and you will feel calmness in your daily life. That is what you are really seeking for! Calmness. 


“When you stand for the prayer, say Takbir and then recite from the Qur’an what you know and then bow with calmness till you feel at ease, then rise from bowing till you stand straight. Afterwards prostrate calmly till you feel at ease and then raise (your head) and sit with Calmness till you feel at ease and then prostrate with calmness till you feel at ease in prostration and do the same in the whole of your prayer.” 
- The Prophet Muhammad [pbuh]



Renungan hari ini

by | | 0 comments


Kesilapan tidak berlaku dua kali . 

Yang keduanya adalah pilihan masing - masing , ikut nafsu atau ikut iman .

A one person trip.

by | | 0 comments
Salam.

Have you ever feel that you need some time alone? Where there is no one sticking around you, telling you to do some sort of stuffs that you don't wanna even want to do? And sometime you feel like running away to the end of the world. but not to jump in to the cleft of mariana for sure (",) That's what i'm feeling right now. 

Actually, for all this time, i'm always holding myself to stick around the crowds. Make everybody noticed me. Make everyone around me accept me. But in the end I just realized that not everyone can accept me for who I am. Well, that doesn't make a crap for me. Small trivial matters. That's life. 

For almost a year, i have always been dreaming about taking me myself to these some off people place. Where the only things that i can see were the trees, birds, some blue and white clouds in the skies. Or maybe some silver line in the horizons with some salty air blowing my cheek. haha. Dreaming is really fun guys.  

But seriously I really want to try an individual travel trip. ALONE. No companions, no partners, no guardians. Just me alone. Exploring this whole new world myself. Up to this point, I never had done those things. My family rarely touring even to the nearest town. It's all about being at home. 

So now I'm planning and thinking about taking a trip, maybe not far away but still safe for a person alone like me to go. South Korea or Shanghai? Ohhh..too much. I cannot afford that! But what about Cameron Highlands? It's such a nice place! I love to see all the green tea's trees covering the whole mountains things. hahaha.  

So. Now. The things that I should do is make a perfect planning on my journey-to-be and I should convince my father, so that he will give me permission to make this trip and most importantly, he Should give me some allowance money!

ohhhh...I'm dying thinking on how to make this things really happens...

dreams on, dudes!

by | | 0 comments
Salam.

Bored of theophylline in tea, so it's time to switch to caffein in coffee. Such wonderful life for a student. To stay energized and fit to hadam all the notes and then muntahkan balik all of its on the blank exam papers. Right?

Back to reality. Yes, dream is so much of fun but the reality is full of fantastic things. Likewise, it is much better to not let your soul being taken away too much by all those unrealistic emo-love stuff in your wet dreams. Haha. Pathetic. Should it be the right word? 

In dreams, we can be anything we wish for. A hot chick, a masculine man, a middle age man with lots of money and yada-yada. But all that does not last not more than a few minutes! A dream can only last for minutes, dudes! Wake up now!!!

Create your imagination in the reality! Start working now and you'll see the results in the end of the day. And at that moment, it's just more than you can imagine in all those previous dreams.


kawan. Perlu ke?

by | | 0 comments
Salam.

Masih lagi hari yang panas. Tapi sudah berkurang bahangnya berbanding semalam. Kipas syiling dah dilap, maka makin lajulah dia berpusing. Nyaman sikit rasanya walaupun sebenarnya keadaan tetap sama. 

Saya bukan sahabat yang baik. Bahkan saya juga tidak mempunyai ramai kawan. Teman serumah tu ada, tapi tetap tidak boleh dikategorikan sebagai sahabat kan? Bila tengok update status kawan-kawan di facebook, memandangkan sekarang ni musim exam, maka ramailah yang tag dan buat post khas untuk sahabat yang mereka rasakan mereka rapat dan sayang. Saya rindukan awak, saya baru terfikirkan awak tapi awak dah hantar message gud luck kat saya and yada yada...banyak lagilah. 

Rupanya dari situ baru saya nampak dan sedar bahawa sebenarnya tiada seorang pun yang tag saya dalam post mereka. Yang dulu konon-kononnya kita ni adik beradik, kena saling ingat-mengingati, saling tolong-menolong, kalau tak kita yang amat rapat ni (konon-kononnyalah) siapa lagi yang nak buat. Bila bercakap kaulah geng aku, akulah geng kau. Terbahak-bahak ketawa bila suka bersama. Dari benda sekecil update status di facebook buat saya sedar bahawa saya bukanlah siapa-siapa untuk orang sekeliling saya. Rupanya saya tidak ada nilai pun disisi mereka. 

Biarlah saya hina di mata manusia, asalkan tidak hina pada pandanganNYA.

I'll never walk alone even though i'm the only human left in this world, because the merciful god will always be with me.

Ya. Memag diakui saya tak ramai kawan. Dan saya bukan jenis orang yang berkawan dan bergeng-geng. Saya tak suka kaedah berkawan macam tu. Bagi saya semua kawan adalah sama. Saya hormat privasi semua kawan-kawan saya. Dan saya tak perlulah sedih-sedih bila tak ditag kan. Sebab saya sendiri yang tak mahu terlalu rapat dengan semua yang bergelar kawan tu. Ada batasnya. 

~ohhh...aku sedih rupanya. Tapi tak perlu dikisahkan sangat semua ni. Tak menjadi kudis pun bagi diri ini. Sudah selesa begini. Ini diri aku. 

No one understand you more than yourself!

~bye.



Hakikat cinta.

by | | 0 comments
Salam.

Satu mug nescaffe panas. Sungguh menyelerakan. Stimulate reticular activating system to arouse you from getting sleepy. Niat di hati nak study dan ulangkaji, tapi lapar pula perut tengah-tengah malam ni. Nampaknya hunger sensation dah menyebabkan aku hilang konsentrasi dan tak dapat nak belajar. Tapi bila aku check stock makanan, tak ada apa-apa yang dapat dimakan, even biskut kering pun tak ada. Maka terpaksalah tahan perut. 

Tu kisah hubungkait antara perut dan daya tumpu seorang pelajar. Sebab tu sebelum mula belajar, pastikan perut tidak kosong. Sumber utama glukosa daripada karbohidrat amat penting untuk otak menjalankan fungsinya. Teringat zaman sekolah dulu-dulu, cukup malas nak bersarapan sebab tak mahu mengantuk dalam kelas, tapi mama tetap paksa suruh makan sarapan juga. Katanya ada keberkatan dengan bersarapan pagi dan penting untuk tenaga sepanjang hari di sekolah. Sekarang bila dah hidup bersendirian di rantau orang ni, memang tak ada sesiapa yang nak masakkan sarapan pagi lagi, jadi sekadar makan apa yang ada. Selalunya cuma roti dengan jem sahaja. Itu pun kalau ada roti, kalau tak ada maknanya telan air kosong sahaja. 

Dari mata turun ke hati. 
Berdebar-debar hati tak siapa yang tahu.
Kerana cinta turun ke hati,
semua itu orang dah tahu.



Berfalsafah tentang cinta. Tak habis untuk dibincangkan. Sekadar terdetik untuk menulis selepas terfikir wujudkah cinta untuk diri aku ? Mengapa aku bertanya begitu? Nampaknya masih tidak sedar bahawa terlalu banyak cinta telah membutakan hati. Terlalu banyak cinta pura-pura yang aku kejar menyebabkan aku tidak sedar akan cinta hakikiNYA yang tidak pernah tinggalkan diri ini dalam apa jua keadaan sekalipun. Cinta keluarga yang menjadi pendorong untuk aku terus maju dalam meniti kehidupan seharian.

  Cinta dari sahabat pula aku tak berapa nak percaya. Entahlah. Sebab bagi aku, dari pemerhatian peribadi akulah, apa yang aku nampak, manusia berkawan atas kepentingan diri masing-masing. Andai ada faedah yang boleh mereka ambil, maka dari situlah akan bermula sebuah persahabatan. Memang tidak dinafikan dalam sebuah hubungan even berkawan pun kena ada give and take, tapi apa akan jadi kalau lebih banyak berlakunya situasi ambil kesempatan dalam bersahabat? Redha sahaja? ermm...

Kata orang, di antara dua manusia, apabila diam menjadi sesuatu yang selesa maka itu adalah petanda bagi sesuatu. Samaada mereka sudah saling faham memahami ataupun mereka sudah semakin jauh antara satu sama lain. Makin renggang. Silence kills! Betul ke?

Kompleks sungguh sebuah kehidupan. 
Pelbagai rasa yang terkumpul tak mampu untuk diluahkan dalam bentuk tulisan. 
Kadang-kadang diam sebentar dan berfikir sejenak mampu untuk meredakan kekusutan yang melanda.

~bye

***niat aku menulis blog ini adalah sekadar sebagai tempat untuk meluahkan perasaan sahaja.
Jadi bila  letak widget followers tadi, aku terfikir balik, adakah pengikut yang aku mahukan?~jawapannya tidak.  Maka aku buang balik widget tu dan kekalkan konsep widget-free untuk blog aku ni. Cukuplah sekadar aku puas hati selepas dapat baca entry-entry lama aku. 

Andai ada yang tersinggah, terjumpa dan terbaca, selamat datang dan selamat membaca.


Siapa tak suka perempuan cantik kan?

by | | 0 comments
Salam.

Apa khabar hari ini? Sihatkah semua? Bagaimana dengan urusan harian? Harapnya semuanya berjalan dengan lancar. Begitulah adat hidup seorang pelajar. Berharap agar setiap hari adalah hari yang baik dan sentiasa bersemangat untuk terus menjalankan kewajipan keatas diri sebagai seorang pelajar iaitu menuntut ilmu.

Hari ini agak panas berbanding hari-hari yang lain. Kalau dilihat pada suhu yang tercatat di internet, katanya sudah mencecah 40 darjah celcius. Serius memang saya rasa panas hari ini. Dari tengah hari sehingga ke magrib tadi sudah hampir 4 kali saya mandi. mahu sejukkan badan dan kurangkan sikit sakit kepala

OOh. Orang yang cantik mudah saja untuk disukai orang kan. Bertuahlah perempuan yang cantik diluar sana. Sebab sudah pasti ramai yang menyukai mereka. tapi kalau perempuan yang tidak cantik, paras rupa biasa-biasa sahaja, hmm..semua dah boleh agakkan. Fizikal luaran sahaja ke yang penting?

Salahkah bagi wanita yang tidak mempunyai rupa paras yang menawan. Semua tu sudah takdir. Rupa paras yang mereka miliki bukan kehendak mereka tetapi takdir tuhan. Andai ada yang merendah-rendahkan mereka, maknanya  anda telah memperkecilkan kejadiaan tuhan. Rupa paras yang cantik itu adalah lebih besar bebanan fitnah yang bakal ditanggung andai tak betul cara penjagaannya (sila tutut aurat anda ye). Maka bersyukurlah andai anda biasa-biasa saja.( sungguhpun begitu, tuntutan menutup aurat adalah kepada semua tak kira cantik atau tidak)




Hidup anda, anda yang tentukan.
Live up your life! Spices up and enjoice!!!

Siapa tak suka perempuan cantik kan?
Jangan percayakan novel-novel yang  hanya semata-mata dongeng yang sip penulisnya sendiri tak pernah alami. Life is reality babes!!!

~bye.


Kisah kain ela.

by | | 0 comments
Salam.

Panas sungguh tengah hari tadi. Tu adalah sebab utama aku sangat malas nak keluar rumah jika tak ada urusan yang maha penting dan maha mustahak seperti exam. But for today, there's an exception. Sebab dah lama aku plan benda ni. Aku dah lama sangat plan nak pergi beli kain untuk buat baju. So, even though kat luar tu panas membahang, aku tetap gagahkan juga kaki aku untuk pergi memhabiskan duit poket bulan ni dengan membeli-belah! Jom kita enjoy!!! enjoy pun setakat membeli kain ela je~~~.... 

Tak banyak mana pun aku beli. Setakat cukup untuk dua pasang baju sahaja. Tu pun dah nak dekat 200 habis. Mahal ke? But, kalau convert to Malaysia Ringgit, kira harga standardlah. Dan aku sangatlah berpuas hati + gembira sangat dengan pilihan aku sendiri. Serius for me, those kain sangatlah marvelous. Kalau aku pakai nanti time raya, mesti adik-adik aku jeles tak hengat dengan aku. Hahaha. Jahat sungguh aku ni. Tapi cuma dari segi kualiti agak tak berkenan. Sebab tak seperti yang aku harapkan. Aku lebih suka kain yang lembut, licin dan ringan. Tapi lepas pergi menjajah kat semua kedai kain yang ada, tak ada pun jenis kain yang dijual macam kat Malaysia tu. Semuanya jenis tebal dan agak berat. Tapi masih sesuai dipakai walaupun dalam keadaan suhu yang panas dan melekit seperti di Malaysia. Common folks usually use that type of cloth, so memandang keadaan kat sini lebih kurang Malaysia, kira boleh pakailah tu.

Dah dua hari berpoya-poya. Maka aku dah start terfikir bila masanya untuk aku mula serius dengan diri aku ni. Segera selepas inikah? Atau harus aku mulakan selepas subuh hari pagi esok? Nampaknya aku sedang bertangguh. Sangat tidak bagus.

  Seorang pelajar yang baik tidak akan pernah bertangguh dalam melaksanakan tuntutan terhadap dirinya untuk menuntut  ilmu kecuali dalam satu perkara sahaja, iaitu bertangguh-tangguh untuk bertangguh ketika kemalasan datang melanda.

Nanti ada masa dan cerita aku tulis lagi kat sini.

Azan yang sedang aku dengar sekarang sangat meruntun jiwa. Sangat mendayu-dayu dan merdu. 
Hakikatnya, itu adalah seruan untuk menuju ke arah kejayaan.

~bye.



falsafah si penulis blog

by | | 0 comments

Kita hari ini adalah apa yang kita tulis dalam entry hari ini.

Tetapi entry hari ini tidak menjamin siapa kita dalam entry-entry di masa hadapan.

Jadi berhati-hati dalam menaip entry, jangan sampai ia menjadi igaun dari masa lalu.

Terlajak mengPost entry, habis diGOOGLE orang.

Exam~day 2.

by | | 0 comments
salam.

After exam mood. Exhausted, but then aku dah spend almost 24 hours by just laying over like a croc. terbongkang dengan sebiji novel yang aku berjaya habiskan dalam masa 4 jam. Siap baca novel, azan subuh jadi terus solat and then tidur. Semalaman aku tak tidur. Penat otak.Aku dah tak nak fikir pasal exam siang hari tu. Aku dah decide yang aku akan terima dengan redha apa sahaja keputusan yang aku dapat. Lagipun usaha aku memang tak seberapa. Tu je. Mudah. Aku tak nak berharap lebih-lebih. mengharapkan keajaiban yang tak mungkin berlaku. 

Memang giler aku rilek. Download ongoing malay drama series Nora Elena. Boleh la tahan. Jalan cerita memang menarik, memang patut la sebab  drama tu diadaptasi daripada novel. But pelakonnya memang ramai yang kaku. tambah-tambah lagi kalau maknya si Elena tu. Memang pekat tahap budu bahasa kelantan dia. Aku rasa lawakla jugak. Aku kelantan juga tapi tak adalah sampai ke tahap tu bunyinya kalau aku bercakap. Mungkin mak cik tu lidah kelantan sejatii kot. Hahaha.. Still aku nak komen jugak part lakonan Aron Aziz (betul ke eja macam ni?) sila baiki lagi lakonan awak ye! hahaha..memang tak leh lawan hero malaya nombor satu, rosyam nor lah.

Berbalik kisah novel yang aku baca. Bagi aku menarik jugaklah. Pasal seorang perempuan yang ada tanda lahir kat muka dia dan benda tu menyebabkan dia sangat rasa rendah diri.  Sangat malu dengan diri sendiri hingga sanggup tolak tawaran belajar sebab tak sanggup nak hadapi pandangan orang yang mungkin jijik dengan wajah dia, tapi sebenarnya dia adalah seorang yang sangat sopan dan berbudi bahasa. Tapi masih ada lelaki yang sanggup kawin dengan dia walaupun dia tak tahu sebenarnya perasaan lelaki tu pada dia sebab dia orang kawin atas aturan keluarga. Lepas kawin, walaupun tidur sebilik, lelaki tu tak pernah sentuh dia menyebabkan dia rasa yang lelaki tu jijik dengan diri dia. Cerita yang agak complicated, walaupun sebenarnya lelaki tu ikhlas cintakan perempuan tu seadanya. Aku sejujurnya tak percaya dengan semua ni. Mana ada lelaki yang mahukan perempuan yang tak cantik. Semua nak yang cantik bergaya. Kecil kurus molek. Tapi tu cerita je kan. Apa-apa boleh jadi.

Kawan aku pernah bagitau yang aku ni sangat rendah keyakinan diri. YA. Aku akui ianya memang betul. Sebab aku tak ada rupa paras dan sebab aku seorang yang gemuk. Aku lebih rela memendam perasaan hati aku selama hampir 7 tahun terhadap seseorang. AKu tak ada keyakinan untuk luahkannya. Sebab aku rasa yang aku tak layak untuk orang yang aku suka tu. Pernah ada seseorang yang nak berkenalan dengan aku. Aku sangat tak berani nak terima dia, sebab aku sangat takut terhadap penerimaan dia tentang fizikal aku. Akhirnya aku minta untuk kami tak berhubung lagi. Tu diri aku. Orang-orang kat sekeliling aku mungkin nampak aku seorang yang kuat dari segi luaran, tapi hakikatnya dalaman aku sangat rapuh. Aku tak percaya  dalam komitmen antara seorang lelaki dan perempuan. 

Abang aku pernah cakap yang aku ni gila. Bagi aku, tu pendapat aku. Dan aku tak pernah menghalang dia dalam hubungan dia. Aku tak percaya pun sebab aku tak pernah jumpa lagi orang yang betul-betul ikhlas dengan aku., sejujurnya selama aku hidup selama 22 tahun atas muka bumi tuhan ni, tidak ada yang pernah sukakan aku. Mana mungkin ada yang mahukan seorang yang gemukkan. Aku tak layak ke untuk semua tu? Aku pun ada hati dan perasaan juga. 

Kadang-kadang aku rasa sedih bila dengar dan dapat tahu pasal kawan-kawan aku yang dah pun berpunya. Dia orang semua dah ada teman. Tapi aku masih lagi keseorangan. Memang aku rasa sangat keseorangan. Aku nak juga disayangi oleh seseorang dan  juga menyayangi kembali. Aku nak dilindungi, dimiliki, dan yang paling penting aku nak disokong oleh seseorang takkala aku rasa diri aku hampir kecundang. Aku rasa semua tu. Semua aku manusia biasa. Dah menjadi fitrah sebagai manusia kena hidup berpasangan. Tapi entah bila giliran aku akan tiba. Akan terus menunggu dan menunggu. Mungkin akan tiba tapi entah bila. 

Cuma satu yang pasti, selagi aku tak bekerja, aku tak mungkin akan berkahwin. Kadang-kadang rasa macam lawak pula bila fikir pasal bab ni. Tak ada orang yang nakkan aku, so macam mana aku nak kawin? hahaha...limbic system is sooo complicated compared to respiratory system right? hahaha...Sebab family aku adalah the old school style. Aku kena balas jasa dia orang dulu for few years, maybe nanti-nanti dah umur aku dekat 35 tahun barulah semua orang dalam family aku akan sibuk-sibuk nak suruh aku kawin. Dan akan keluarlah pelbagai teori sebab aku masih tak kawin-kawin lagi even aku dah umur 35 tahun masa tu. Maybe lah.  Semua ni bayangan aku aje. Tapi mintak jauhlah. Kalau ikutkan perancangan aku, paling lewat kawin pun bila aku dah umur 25 tahun, tapi memandangkan sekarang aku dah berumur 22 tahun, maka aku hanya ada balance selama 3 tahun sahaja lagi. 

Mana aku nak cari seseorang yang ikhlas dan sanggup terima aku seadanya? Kat tempat aku belajar sekarang ni, mostly semua dah ada steady masing-masing. Aku bukan jenis yang terhegeh-hegeh to the opposite gender. And i'm not a very socialized person. Up to this point aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Tunggu ajelah. Nanti-nanti tu adalah. Tuhan dah tetapkan jodoh setiap hambanya. 

Its true that sometimes we might feel that life is sucks, but that's reality. Face it!

Dan diantara fantasi yang begitu membahagiakan, aku lagi rela hidup dalam realiti yang menyakitkan.


Exam~day 1.

by | | 0 comments
salam. 

Hari ni dah selesai jawab satu paper essay and satu mcq exam. Overallnya aku agak kecewa dengan diri aku sendiri sebab tak berapa nak berjaya jawab essay paper pagi tadi dengan baik. Nasib baiklah yang tang mcq tu agak ok. Tapi kalau nak dibandingkan dengan markah yang aku hilang dalam essay tu memang banyak gila rasanya. Memang tak boleh nak cover la dengan mcq tu je. 

Essay exam 3 jam. Memang aku rasa sangat exhausted sangat. Setengah jam yang terakhir, aku blank. Sebabnya aku tak makan apa-apa pun pagi tadi. Just telan 2-3 keping roti dan air kosong. naik teksi gi exam hall dekat university, then sebab lapar sangat aku beli air kotak coklat. Aku bajet tahan la sampai habis exam. Tapi tak tahan. Memang berkerut-kerut aku tahan lapar. Agak menggangu la juga konsentrasi aku menjawab soalan tadi.

Habis je exam, ada la few girls yang duk berkumpul dekat tempat aku duduk. Tanya-tanya soalan mudah ke susah. Mostly jawapan yang aku dengar adalah diaorang kata tak berapa nak boleh jawab. Aku personally tak berapa nak endah sangat cakap-cakap orang ni. Because sometimes people just tends to make others being more physco by siving their opinions. So aku just dengar dan layan je lah. 

Ada one girl ni, bila aku tanya macam mana, dia jawab  " entahlah, takut sebab dia tahu usaha dia tak cukup". The same answers goes to me. Pernah dengar tak ungkapan ni? Usaha tak menatijahkan kejayaan. Sebanyak mana pun usaha kita, kejayaan ataupun kegagalan bukan kita yang tentukan. Semua tu milik Allah. Maka bersangka baiklah kepada Allah. Segalanya adalah milikNYA. OK. Aku sedang cuba untuk berhusnuzon dengan Allah. Tetapi sekarang ni aku takut andainya segala dosa dan maksiat yang aku lakukan dalam keadaan aku sedar terutamanya akan menghijab aku dari mencapai kejayaan. 

Honestly, aku bukan jenis yang suka rewind balik kisah-kisah lama. But then, disitulah sebenarnya kesalahan aku yang paling besar. Aku tidak pernah cuba untuk merenung, menilai dan melihat balik segala kesalahn yang pernah aku lakukan. Segala kegagalan yang aku alami. Apa yang seharusnya aku lakukan untuk tidak mengulang lagi kegagalan yang sama. Umat Islam tidak akan terjatuh kedalam lubang yang sama lagi kan?

Ungkapan let bygone be bygone. Suppose i should not learning those magical words meaning. Aku kena pegang setiap perkara yang telah berlalu sebagai pengajaran untuk diri aku. Maybe sekarang aku tulis benda ni semua at my 22 years old age. But then, sebenarnya aku dah pun menulis the same things when I was in my 20. Same thing repeating over and over again. Sejarah berulang. itu pasti. 

Ok. esok oral exam dekat department. Aku agak malas nak membaca bilamana otak aku dah set secara outomatik bahawa aku akan reseat subjek ni. Tapi maruah still kena jaga. Takkanlah aku nak terkkulat-kulat depan doctor yang menanya aku bilamana aku tak dapat jawab soalan. Nauzubillah. Moga mudah segala-galanya esok. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, aku sangatlah suka masuk akhir sekali sebab masa tu aku dah boleh agak apa yang doktor akan tanya dan lazimnya masa tu doktor pun dah penat and diorang pun nak cepat-cepat balik rumah. So mostly soalan yang aku akan dapat adalah mudah. Tu from what I've  experienced last year. Sebenarnya tips yang paling penting untuk oral exam adalah be confident and the most important and crucial thing is selawat banyak-banyak. Sangat-sangat membantu untuk menenangkan hati yang sangat takut untuk berhadapan dengan doctors yang pelbagai ragam dan kerenah itu.

Aku sangat penat sekarang ni. Nak pi solat dulu, then tidur kejap. After that, niatnya nak belek-belek kejap mana yang patut. Preparation untuk esok.

~ bye!

kalah perang!

by | | 0 comments
salam.

Aku baru lepas delete my old blog. Semua old entries from previous blog aku dah upload balik kat blog baru ni. Kenapa delete? Sebab aku rasa aku tak ada privasi kat blog lama tu. Aku dah terpecah identiti aku kat situ . even tu kisah lama yang tak ada sesiapa kisah, but i do care ok!

Time-time last minute macam ni memang aku agak gila. Suppose aku harus membaca buku dengan lebih giat, but then aku dah set dalam otak aku yang aku akan reseat for tomorrow exam, so aku tak de lah nak study hard mana malam ni. Jangan ada sesiapa yang tiru aku punya perangai okes. Bahana kat jiwa dan otak.

Dah buang widget follower dan profile kat side bar tu. Actually nak buang semua widget. Aku rasa semua tu semakkan blog aku je. Lagipun bukan ada orang baca pun blog ni kan? hahaha.. incase la ada yang terbaca dan terbuka, silalah baca mana yang patut. Aku tak halau pun. Yang aku kekalkan hanya bl;og archieves. Mudah untuk aku tengok balik apa yang aku dah postkan sebelum ni.

Hahaha. serius aku rasa sangat annyoying dengan diri sendiri saat ni. Kenapa aku boleh jadi sampai macam ni sekali? Perubahan yang totally 360 degrees. Aku yang dulu tak sama dengan dengan aku yang sekarang. Dari segi kerajinan dalam mengulangkaji pelajaran. Aku memang sangat malas sekarang! Ahhhhhh!!!!!

Sekarang ni aku tengah duk merancang-rancang and berkira-kira samaada aku nak balik kampung or tak during this summer break. Kalau reseat exam after raya, maybe aku akan balik. But if not, maybe aku stay sini je. Tak pelik untuk course aku, bilamana ada student yang reseat paper. Pass all papers even with grade lulus pun dah dikira sangat bernasib baik. Apatah lagi untuk yang kena reseat paper. Semua tu normal bagi kami. Hahaha. Gila subjek apa yang aku belajar ni? Tuuuut..tekalah sendiri kalau nak tau. Aku tak nak bagitau.

Sekarang ni aku umpamakan diri aku seorang writer yang sangat-sangat-sangat giler kentang pemes. Berebut-rebut orang baca hasil penulisan aku. So memang aku tengah bersemangat giler kentanglah menaip sekarang ni.even in reality, tak da orang pon yang nak baca blog aku ni.ada aku kesah?!
Banyak yang aku nak tulis kat sini sebenarnya. Tambah-tambah lagi dengan personaliti aku yang boleh diibaratkan sebagai split personality ni. Nilah akibatnya bila tak pernah pergi kelas phsycology. Aku hanya baca subject tu a day before exam and attend the exam only. punyalah malas nak masuk lecture phsyco sebab doktor yang mengajar sangat gila phsyco mengantuk dan kelas dia selalunya awal pagi-pukul 8 jepon. Tapi sebab aku dah label ia sebagai subjek minor, maka aku ambil mudah jelah. nasib baik aku lulus.

Tu kisah tahun lepas.

Rasanya aku sekarang ni dah kalah perang sebelum masuk ke medan perang lagi. 

an effortless exam!

by | | 0 comments
salam.

dah lama aku tak menulis belog rupanya. Faktor utama adalah kemalasan. Aku dah hilang minat nak berbelog sejak kebelakangan ni. Sebabnya- aku pun tak tahu. Tapi semalam masa aku duk pusing kiri kanan atas katil sebelum nak tidur, tiba-tiba banyak pula idea yang datang menjengah. Actually, it's not worth to say an idea. Because it is just like an expression that i want to post on the blog. Dah tak ada tempat untuk meluahkan perasaan, maka belog adalah medium terbaik. betul dop?

Apa yang boleh aku kata, this year is the worst for  me. Seriusly speaking, aku sangat cuak untuk exam final esok. I even have this feeling, saying that i might need to reseat the paper again. memang tak prepare.

the conclusion is, aku sangat takut. Sekarang aku sangat serabut dengan all those club activities. Seriously i'm not that kind of person! aku boleh bergiat dlm club, but then at certain point aku akan jadi sangat annoying and rasa sangat fed up with all things!

apa boleh buat. even aku rasa tak berapa nak lulus untuk paper esok, still kena jawab exam. masa yang ada ni aku kenalah gunakan untuk membaca. tak dapat jawab semua tak pa, atleast ada la jugak soalan yang aku dapat jawab dan bukan semua soalan aku tinggal kosong!
 aku nak cakap aku tawakal kat allah pon tak patut. sebab suppose tawakal should be done after i've make an effort. tapi masalah aku ni, aku tak usaha pon!
gila tak aku ni?

update device software

by | | 1 comments
Sambil mengupdate firmware henset nokia aku, aku layan drama jepun kejap.
*
**
***
*****
********
******
****
II
Aku minat la juga cerita jepun....
jom layan yamato nadeshiko schici henge !



Betul tak para blogger semua?

by | | 0 comments

Aku ni jenis yang tak pandai nak taip entry banyak-banyak, simpan kat draft lepas tu publish. Style aku, aku terasa nak menaip, ada idea yang aku rasa agak-agak boleh pakai ~ maka wujudlah sebuah entry. Itu gaya aku. Sebab itulah, dalam satu-satu masa aku boleh publish dua tiga entry. Tak kisahlah ada yang baca atau tak. Sebab aku tahu sekurang-kurangnya ada orang baca tajuk entry terbaru aku lepas aku ping blog kat GB. Haa..tulah fungsi GB yang paling syok. Betul tak para blogger semua? 

Tiba-tiba sekarang ni aku terasa nak berkongsi gambar tempat aku menetap sekarang ni. Lagipun aku rasa yang blog aku ni macam boring je sebab hanya ada huruf semata-mata. Enjoice!




opppsss...aku berkenan dengan kambing ni. 
lain kali la aku letak gambar kat tempat aku ni ye.
kambing ni aku jumpa kat satu ladang anggur dan mangga
kononnya jakun tak pernah jumpa, aku pun terus ambil gambar dia.
dia malu kat aku tu, sebab tu dia sorok dia punya muka. hehehe..



 ***Akhirnya aku letak juga widget twitter kat blog aku ni. Sebabnya biarlah rahsia. Hahaha..ayat tak boleh blah. Saja aku nak suruh stalkers aku kat luar sana tahu apa yang aku nak bagitau kat dia orang semua.hahaha...



urogenital system+neuroanat+Embryology

by | | 0 comments

Hidup ni panjang dan jauh lagi perjalannanya. Aku dah habis exam hari ni. 2 papers  aje. Tolong jangan tanya pasal urogenital system ok! Aku hanya baca pasal neuroanat sahaja. Embryology memang aku tak minat. 

Dah habis exam, maka aku enjoylah. Winter break 2 minggu. Aku tak merancang nak pergi bercuti kat mana-mana. Aku tak ada duit. Tapi aku akan join satu trip anjuran persatuan pelajar kat tempat aku ni nanti. Boleh dapat free harap-harapnya sebab aku jadi ajk pelaksana. Bijak tak? Cara mudah untuk melancong tapi tak perlu mengeluarkan duit. Biasalah, kena pandai-pandai cari peluang kan. 

Dah habis exam ni maknanya aku boleh lak rehat kejap dari study. Ada ke istilah rehat dari study dalam hidup seorang pelajar sebenarnya? Ayah aku kata tak ada. Yang aku faham pulak, life is a learning process. Jadi sepanjang masa kita belajar sebenarnya. 

Aku sekarang ni tengah giat membaca blog seorang stewardess ni. Nama dia Saloma. Bagi aku sangat menarik. Dia orang melayu Malaysia dan sekarang ni menetap kat UEA. Tapi aku tak tahu dia kerja dengan airlines mana sebab middle east ni ada banyak sangat airlines. Yang aku tahunya Etihad, Emirats and few more. hahaha..Aku jakun ok. Baru dua tiga kali naik kapal terbang. Tu pun sebab belajar. Kalau nak kira standard aku ni, Airasia pun tak mampu. Naik bas je. 

Blog dia sangat matang bagi aku. Aku cuba letak diri aku sebagai  seorang anak yang berada jauh dari mak ayah dan keluarga, seorang wanita yang bekerja diluar negara dan juga sebagai seorang wanita single ~ wink-wink. Bila aku dah buat macam tu, maka aku rasa lagi feel masa baca blog dia. Aku panggil dia kak S sebab aku lagi muda dari dia. 

Dalam blog kak S ni dia cerita banyak benda. Pasal kehidupan dia sebagai seorang pramugari. Macam mana dia layan kerenah penumpang yang macam-macam, tak masuk lagi dengan kisah pilot gatal. hahaha..best sangat. Ada juga kisah dia dengan family dia kat malaysia. Even duduk kat uea, tapi dia selalu balik malaysia lawat family dia. Tapi yang lagi menarik bagi aku ialah kisah dia melayan lelaki yang wujud disekeliling dia. Dari ayah, kawan, pakwe,bekas pakwe, pilot lelaki, penumpang lelaki dan semua yang berjantina lelaki lah mudah katanya. Dari situ aku dapat lihat apa perspektif seorang perempuan terhadap lelaki yang ada seribu satu kerenah. Macam mana dia boleh handle semua tu. Memang aku salute habis la dekat kak S ni. 

Tapi yang membuatkan aku lebih terpikat dengan blog kak S ni adalah sebab ayat dia yang sempoi, mudah dan ringkas. Aku boleh baca dengan mood yang santai.

Sebenarnya aku nak cakap yang hidup manusia ni terlalu misteri. Setiap orang ada jalannya sendiri. Teringat kawan-kawan sekolah aku dulu. Masa sekolah dia orang biasa-biasa je, tapi sekarang ni dah ramai yang nak grad. Ada yang dah grad dan dah kerja pun. 

***Aku masih perlu bersabar untuk 4 tahun lagi.

lelaki@suami+wanita@isteri

by | | 0 comments
Apa bezanya bagi korang semua?

Antara seorang lelaki dengan seorang suami?

Antara seorang wanita dengan seorang isteri?

Bagi aku walaupun ianya cuma berbeza istilah, tapi jurang makna antara kedua-duanya sangat besar.

Aku lagi prefer suami daripada lelaki dan isteri daripada wanita. Antara keduanya wujud satu ikatan sah lagi suci.

Tapi antara lelaki dan wanita pula tidak ada apa-apa yang menghalalkan lagi selagi tidak ada lafaz nikah yang sah.

Sebab tu aku lagi suka kawin dari kapel.

tapi sekarang ni aku kena habiskan study dulu. Kalau tak nanti dah kawen takkan nak telan megi dengan air kosong je hari-hari sebab tak ada duit.

Part 2: Aku kecewa bila SA minat kawan aku!

by | | 0 comments

Sambung cerita zaman aku sekolah dulu-dulu. Aku perasan yang ada orang curi-curi tengok aku. Aku selalu rasa macam tu masa aku sampai sekolah pagi-pagi. Aku selalunya jalan kaki atau naik basikal. Tapi rasanya lebih banyak jalan kaki. Lagipun rumah aku dekat juga dengan sekolah. 

Lepas tu, bila rehat aku nak pergi kantain dengan kawan-kawan aku, mesti ada dalam dua tiga orang budak yang berlainan spesis dengan aku duk kumpul ramai-ramai dekat tingkap yang menghadap kelas aku. Kelas aku tingkat 3. Kelas budak-budak lain spesis tu pun tingakat 3 juga, tapi blok dia bertentangan dengan blok aku. Jadi memang nampak apa yang kita orang buat dalam kelas. Tengah belajar ke. Bergurau ke. Tidur ke masa cikgu tengah mengajar. 

Ada dekat sebulan la juga benda ni berlaku. Dalam buat tak layan tu, aku dah ter'admire' kat seorang insan berlainan jantina ni. Dia ni budak kelas yang bertentangan dengan aku. Kenapa aku admire kat dia? Sebab dia pakai cermin mata + dia budak skema + dia budak senyap + top student sekolah. Siapa tak nak minat budak yang paling pandai kan? Tapi masalahnya aku seorang je yang minat kat budak tu. Kawan-kawan aku semua cakap budak tu tak ada orang minat sebab dia nerd. Nerd ke? Tak bagi aku. Konon-konon budak tu jenis susah nak bercakap. Macamlah dalam mulut dia tu ada emas berlian. Kalau dengar suara dia tu memang bertuah la. Hahaha...aku gelak je bila dengar kawan-kawan aku cakap macam tu.

Dalam masa aku duk usya-usya budak tu, aku baru perasan yang aku dah makin rajin pergi belajar kat perpustakaan sekolah. Waktu rehat je terus aku ke perpustakaan. Kalau ada waktu yang cikgu tak masuk mengajar memang aku serbu perpustakaan dulu. Dah makin rajin aku ni. hahaha...sebab aku nak tengok budak yang aku minat tu. Dia memang kaki perpustakaan. Aku pun apa lagi, sambil study tu boleh cuci mata. Ambik inspirasi dari orang bijak pandai. 

Yang melawakkan lagi cerita,classmate aku semua ingat aku dengan budak tu adik beradik. Aku senyap dan sengih jelah. Nak kata apa lagi.Last-last bila budak tu dah habis sekolah baru dia orang tahu yang aku dengan budak tu lain mak lain ayah. hahaha. Apalah buda-budak kelas aku ni. Dia orang kata muka aku dengan budak tu ada iras-iras. Hehehe. Maknanya ada jodoh lah tu.

Tapi masa budak tu habis sekolah, aku dah kecewa. Sebab baru aku tahu selama ni yang aku rasa ada orang duk mengintai-ngintai curi tengok aku tu ...sebenarnya aku silap. Geng budak kelas yang bertentangan dengan aku tu sebenarnya tolong usyakan kawan aku untuk budak yang aku minat tu. Lagi buat aku sedih bin kuciwa bila aku ternampak budak yang aku minat tu tengah duk bercakap dengan kawan aku kat tangga tepi kelas aku. Masa tu aku baru keluar dari bilik buku teks, dan tangga tu memang akan nampak dengan jelas dan nyata dari tempat aku berdiri. hahaha...giler sedih beb...tapi kawan aku tak tahu yang aku sebenarnya minat kat budak tu. Tak ada orang yang tahu kecuali bestfriend aku. tu pun sebab aku bagitau dia. Rasanya aku terkantoi bagitahu dia sebenarnya. 

Tapi aku tak layan sangat rasa sedih aku tu lama-lama. Aku baru je tingkatan 4 masa tu. Lepas tu kalau nak dibandingkan antara aku dengan kawan aku yang budak tu minat, memang berbeza macam langit dengan bumi. Kawan aku tu menarik cantik hensem, aku pulak biasa-biasa je. Kawan aku tu body memang solid tough la. Aku pulak kategori yang badan besar. Jadi biarlah aku mengalah je. hehehe...ayat pujuk hati aku masa tu. 

Ada la satu kali tu, budak yang aku minat tu hantar surat. Tapi bukan untuk aku. Dia bagi surat tu kat kawan aku. Dan yang tolong bacakan surat tu adalah aku. Memang kental sungguh hati aku masa tu. Muka maintain, tapi hati aku masa tu aku je yang tahu macam mana. 

Tapi kawan aku tak layan budak tu sebab dia dah kapel masa tu. Jadi budak tu agak kecewa jugalah. Cuma aku agak terkejut julah bilamana aku dapat tahu yang budak tu memang serius nakkan kawan aku tu. Tu pun aku boleh tahu sebab ada sedara aku yang kawan dengan budak tu. Dia orang ni boleh tahan rapat juga lah. Jadi selalunya kalau ada apa-apa yang budak tu nak tahu pasal kawan aku, mesti sedara aku tu akan tanya kat aku. Dan aku dengan rela hatinya bagitau je apa yang dia orang nak tahu. Bagi aku, kalau budak tu bahagia,aku pun hepi jugak. 

Dan kerja aku sebagai informer tak bertauliah budak tu berterusan sampai la aku masuk universiti. Cuma bezanya sepanjang aku form 4 tu, kita orang tak pernah bercakap ataupun bertemu. Budak tu pun entah kenal tak dengan aku. Selalu yang jadi informer aku kat budak tu, mestilah sedara aku. Aku rasa dari situlah macam mana aku dengan budak tu boleh ada connection yang aku sendiri tak tahu nak bagi nama apa. Nak kata kawan, bukan. Entahlah. Aku pun tak tahu.

Cerita ni masih panjang lagi sebenarnya. Nanti ada masa dan datang mood nak mengimbau kisah lama-lama, aku tulis lagi.

Apa yang dah korang capai dan sumbangkan?

by | | 0 comments
Pernah tak sepanjang umur korang semua di atas muka bumi ni, korang semua terfikir apa yang dah korang semua capai? Pencapaian yang boleh membanggakan diri korang dan keluarga. Tapi bangga semata-mata tak boleh dibawa kemana. Bukan boleh kenyangkan perut yang lapar ataupun penuhkan dompet yang kosong. Betul tak? 

Aku terfikir benda ni selepas aku renung balik keadaan diri aku selama 22 tahun aku hidup dan bernafas atas bumi tuhan ni. Apa yang aku dah capai sepanjang ak hidup ni. Apa kemahiran yang aku ada yang boleh aku gunakan untuk sara diri aku sendiri. Apa yang dah aku sumbangkan pada keluarga aku khususnya. Sumbangan aku pada agama, masyarakat dan negara. 

Aku ni masih lagi pelajar undergraduate. Lambat lagi aku nak habis belajar. Ada dalam 4 tahun lagi dan aku baru selesai satu pertiga dari keseluruhan course. Course yang aku pilih memang panjang. Aku tak ada diploma. Makna kata kalau apa-apa jadi tengah jalan study ni, memang aku tak boleh nak minta kerja sebab aku tak ada kelulusan. Setakat sijil matrikulasi tu memang tak laku la. Jadi aku memang kena habiskan juga study aku sekarang ni by hook or by crook. 

Nak kata aku dah boleh sara hidup aku sendiri tu memang dah terang lagi bersuluh tidak. Makan minum aku pun still bapak aku yang tanggung.Segala-galanyalah mudah cerita. Segan juga aku rasa. Orang lain umur dah 22 tahun dah boleh balas budi mak ayah. Ada kerja sendiri. Ada duit sendiri. Tapi aku tak. Masih lagi berharap pada keluarga. Tapi nak buat macam mana. Dah nasib aku macam tu. Lambat lagi baru aku boleh nak membalas budi mak ayah aku. 

Teringat pesan mak aku. Dia suruh aku belajar elok-elok dan banyakkan bersabar.

tolong...aku mahu berubah

by | | 0 comments
Pagi semua!

Kat tempat aku tengah musim sejuk sekarang ni. Bak kata orang puteh, tengah winterlah katakan. Jadi memang dah sah-sah aku kena pasang heater supaya bilik aku panas. Bukan heater cerek air tu, tapi heater pemanas. Sekarang ni pun aku tengah menaip entry ni sambil ditemani oleh heater kat belakang aku. memang best la. Kalau aku nak bergulung dalam comferter je tak cukup nak dapatkan kepanasan yang aku inginkan. Even tak ada salji kat tempat aku duduk ni, tapi sejuknya memang menggila. Nak-nak lagi bila turun hujan. Hujan tu tandanya suhu memang rendah. Ditambah lagi dengan angin yang boleh aku katakan bertiup agak kuat dan bukan lagi sepoi-sepoi bahasa. 

Semalam aku tak boleh nak tidur. Otak aku akan ligat berfikir masa aku dah baring siap sedia untuk tidur atas kati. Tapi masalahnya bila aku nak study aku akan mula mengantuk nak tidur. Maybe aku silap timing kot antara masa tidur dengan masa study.

Kenapa aku susah nak tidur semalam? Sebab aku tengah serabut dan stress. Aku rasa hidup aku sejak kebelakangan ni sangat tak terurus. Study entah kemana, hubungan aku dengan orang sekeliling aku entah apa-apa, hubungan aku dengan Allah aku rasa makin jauh. Jiwa aku tak tenang. Batin aku bergelora  ayat sastera Tapi itu memang kenyataannya. 

Aku cuba untuk perbaiki semua tu balik. Aku kena kembali semula pada diri aku yang asal. Bermesra semula dengan kawan-kawan aku. Mungkin sebab aku senyap, jadi dia orang pun senyap juga dengan aku. Mungkin juga sebab aku dah lama tak solat jemaah dengan ahli rumah aku, menyebabkan aku rasa aku makin jauh dengan dia orang semua. Jadi sekarang aku kena dekatkan balik hati aku dengan dia orang. Aku kena approach dia orang balik. Takkan sampai grad nak berada dalam keadaan macam ni? Memang tak boleh hidup aku kalau macam ni yang jadi. 

Hubungan dengan Allah yang paling penting dalam semua perkara. Kebelakangan ni aku dah kurang baca quran. Itu aku akui. Masa aku banyak terluang dan terbuang begitu sahaja kalau aku tak study. Aku lagi banyak tengok drama korea dan movie kot. Memang aku sangat-sangat lalai la kebelakangan ni. Macam yang aku taip kat atas, hati aku tak tenang. Mungkin ini sebabnya. Seharusnya aku jaga ibadat aku. Itulah penghubung aku dengan pencipta aku. Andainya aku makin jauh daripadaNYA, akulah yang akan rugi.

Dari segi study pula, memang semester ni yang aku rasa aku paling teruk. The worst ever! Kenapa? Sebab aku sangat-sangat tidak belajar dengan serius. Hatta time exam pun aku boleh buat biasa-biasa sahaja. Aku dah tak ada rasa berdebar-debar takut nak exam macam orang lain. Ni bukan nak kata aku sangat konfiden dengan diri sendiri sebab dah cover semua buku bukan topic sebab satu subjek pun dah meliputi 3 biji buku , tapi sebab aku tak prepare apa-apa. Inilah bahana suka bertangguh, bila dah sampai masa sehari sebelum nak exam barulah ak terkial-kial nak menghaap semua buku tu. Manalah sempat. Jadi penyelesaiannya, aku redah je exam macam tu. Tak tahulah berapa markah yang ak dapat. Gila kan aku ni? Kalau boleh jangan tiru aksi aku ni. Sebab sekurang-kurangnya aku masih boleh cover semua ni nanti exam final. Masa tu aku akan pulun habis-habis.

Terpanjanglah pulak taipan entry aku pagi. Kenapa aku tulis pagi? Sebab kat tempat aku sekarang ni masih lagi pagi. 


Pesanan aku buat semua pelajar di luar sana, jangan tiru atau buat macam aku. Kalau rasa-rasa ada yang macam nak sama tu, berubahlah. Aku sendiri pun rasa agak kecewa dengan diri sendiri. Tapi kita takkan pernah terlewat untuk berubah. Betul tak? Setiap orang ada peluang untuk menjadi lebih baik.

Part 1 : Sekolah baru + makhluk berspek mata

by | | 0 comments

Ini kisah dulu-dulu. Kisah zaman aku muda remaja. Bila dikenang-kenangkan balik, memang aku akan tersengih macam kerang busuk seorang diri. Tapi tidak ada orang yang akan kata aku gila sebab aku hanya akan imbas kembali kisah lama bilamana aku duduk seorang diri dalam bilik. Aku memang tak buatlah kerja berangan-angan dan mengimbau memori lama kat depan orang. Imej kena jaga beb. Betul tak?

Al-kisahnya, masa zaman menengah rendah dulu aku sekolah kat  sekolah yang ada satu jantina je. Maka, aku agak segan la dengan spesis yang berlainan jantina dengan aku masa tu. Bila naik tingkatan 4, aku pindah masuk sekolah yang campur dua-dua jantina. Sebabnya adalah kerana aku dah bosan tengok spesis yang sama sahaja tiap-tiap hari. Keluar je keputusan PMR, aku terus ambil surat tukar sekolah. Hari esoknya terus aku daftar nama aku masuk sekolah baru yang jaraknya dengan lima ratus langkah kaki dari rumah aku. Satu keputusan yang memang aku tak pernah sesali. Sebab dari situlah aku mula merancang masa depan aku. hehehe....

Hari pertama persekolahan, aku lepak-lepak je kat rumah. Masuk minggu kedua baru aku pergi sekolah. Awal-awal lagi aku dah ponteng. Masa minggu pertama tu, sekolah baru aku buat minggu orientasi untuk budak-budak form 4. Iyalah, masa tu aku rasa ramai lagi yang tak pasti dan ragu-ragu nak masuk aliran mana. Sekolah baru aku tu ada banyak aliran. Aliran sains tulen, sains kejuruteraan, perdagangan, perakaunan dan sastera. Bagi aku orientasi tu semua tak penting sebab aku dah pilih untuk masuk aliran sains tulen. Cita-cita nak jadi doktorlah katakan. 

Hari pertama minggu kedua, aku pergi sekolah dengan mak aku. Punyalah susah nak boleh masuk kelas. Aku ingat lagi cikgu Penolong Kanan sekolah tu layan tak layan je aku masa aku pergi jumpa dia nak tahu kelas aku yang mana satu. Siap boleh cakap yang sekolah tu tak layan sangat budak yang bertukar sekolah sebab ada masalah displin dan result rendah. Mak aku dengar je dia cakap macam tu memang menyirap darah dia. Memang boleh nampak sebab muka mak aku masa tu dah merah. Aku agak dia memang nak marah tapi tahan je dalam hati. Pastu cikgu tu tanya la berapa result PMR aku. Aku cakap sikit je. Aku memang tak dapat straigth A's pun, tapi still ok la.Aku dapat 7A je. Kalau aku dapat 8A memang dah sah-sah aku takkan masuk sekolah tu. Lebih baik aku pergi masuk MRSM ataupun SBP yang semua orang budak-budak sekolah rendah impikan tu. Senyap terus cikgu tu. Terus tak cakap apa-apa lepas tu. Agaknya dia fikir mana mungkin aku ni budak yang bermasalah disiplin. hahaha...Apa-apalah cikgu. Yang penting saya dapat masuk kelas.

Selesai je semua tu, aku terus dibawa ke kelas baru. Memang aku akui aku terkena kejutan budaya sejak dari hari pertama lagi. Kenapa? Iyalah, dari sekolah satu jantina, tiba-tiba aku masuk ke sekolah yang ada dua-dua jantina. Nak-nak lagi semua jantina duduk dalam satu kelas.hahaha...Lawak tak aku ni? Seingat akulah, sepanjang tahun pertama aku kat sekolah tu, aku sangat pasif. Aku susah nak bercakap dengan spesis yang satu lagi. Aku memang tak pandai nak bercakap bergurau senda macam kawan-kawan sejantina dengan aku. Dan aku rasa benda tu masih kekal sampai sekarang. Tapi bila aku nilai balik, bagus apa macam tu. Sekurang-kurang ikhtilat terjaga. Aku membataskan pergaulan aku dengan yang bukan muhrim. Hanya bila ada urusan yang penting sahaja aku bercakap dengan spesis yang satu lagi.

Tapi dalam diam aku tak bercakap dengan spesis yang satu lagi tu, aku boleh pula terminat dekat satu makhluk berlainan spesis dengan aku ni. Yang lawaknya aku boleh terminat dekat makhluk tu sebab dia pakai spek mata. Dan aku memang minat kat orang yang pakai spek ni. Sampai sekarang benda tu masih kekal. Sekarang ni kalau mak aku nak suruh aku kawen, aku akan tetapkan yang calon aku tu mesti bercermin mata. hahaha...Angau aku kat budak berspek mata tu lama la jugak. Ada dalam 5 bulan. Tapi aku tak bagitau dia pun. Sebab aku kan jenis yang tak bercakap dengan spesis yang berlainan jantina dengan aku. 

Rasanya aku dah tak minat kat budak tu lepas aku dapat tahu yang dia kapel dengan budak kelas sebelah, dan ada satu kali tu diorang boleh pulak masuk dating dalam kelas aku bila dah habis waktu sekolah. Kebetulan pula masa tu aku stay back sebab nak habiskan kerja sekolah add math. Dan bermula dari saat tu memang aku buang jauh-jauh perasaan minat aku dekat budak tu. 

Lepas je kejadian tu, tak ada apa-apa yang menarik berlaku dalam hidup aku. Sampailah satu ketika, bila aku perasan macam ada orang yang selalu curi-curi tengok aku. Tapi masa tu aku tak tahu lagi siapa yang mencuri-curi mengintai tengok aku kat sekolah tu. 

bersambung...

Hina ke aku sbb x berduit?

by | | 2 comments

Aku memang tengah menggila sekarang ni. Kenapa? Pertama-tamanya aku nak jelaskan yang aku tak ada perasaan dengki sikit pun kepada mana-mana pelajar di mana-mana universiti di seluruh dunia ni yang dapat biasiswa ataupun bahasa mat salehnya scholar. Tak kiralah universiti swasta ataupun yang awam punya. Tahniah sebab kamu semua dapat biasiswa tak kiralah JPA, MARA ataupun mana-mana yayasan ataupun badan berkebajikan yang lain. Ok. Aku pelajar ok. Tapi aku mak ayah aku yang tanggung. Selama aku duk minta pinjaman atau biasiswa, semua tak pernah dapat. Nak kata aku tak berkelayakan, aku lepas je semua syarat. Mudah katanya bukan rezeki aku lagi. Tapi yang membuatkan aku bengang nak pecah otak bila mana ada satu makhluk bernyawa ni yang cakap ikut sedap mulut ja. Takpalah si makhluk tu membebel, aku tak kisah. Tapi yang buat aku tersentap pasal dia duk bising-bising suruh bayar duit gas rumah. Bising-bising sampai ke rumah jiran pun dengar. Aku tahulah hutang tu wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Masalahnya sekarang ni, ak dah dekat 2 minggu poket kering. Dalam dompet aku memang kosong, atas meja study aku ada duit 2 ringgit je. Aku nak bayar macam mana?????.....Tambah lagi sekarang ni tengah bulan. Bukan aku tak boleh mintak dengan bapak aku, tapi aku kesian la jugak kat dia, adik-adik aku ramai lagi yang sekolah. Bukan seorang dua. Tapi empat lima orang. Makan minum diorang lagi. Pasal tu la aku cuba untuk bertahan sampai hujung bulan ni. Dah agak-agak hujung bulan nanti aku bayar la duit gas yang berapa sen tu. ( masalahnya bila aku tengah sengkek tak ada duit ni, yang berapa sen tu jugalah yag aku memang tak mampu nak bayar). Mungkin si makhluk tu tak pernah merasa hidup susah tak ada duit. Jadi dia tak faham. Nak buat macam mana, rezeki masing-masing kan?. Tak apa, hari ini aku susah, rezeki kemudian hari siapa yang tahu.
Aku tak salahkan si makhluk tu. Dia tak tahu situasi aku. Dan aku tak perlukan simpati dia andainya dia ter"tahu" mengenai masalah aku. Lagipun ramai je lagi susah dari aku. Apalah sangat aku ni.

Macam inilah hidup seorang pelajar. Nak-nak lagi kalau pelajar persendirian. Aku ptptn pun tak ada. Nak ada macam mananya. Kat tempat aku memang tak diperuntukkan ptptn, kalau ada dah lama aku minta. Tak ada lah jadinya aku mencurah perasaan macam ni. Serius aku sangat sedih, tapi air mata aku tak mampu nak keluar. 

Pernah ada satu kali tu, handset aku memang kosong kredit. Tiba-tiba masa tulah aku kena buat panggilan yang penting. Tapi aku tak ada duit. Seingat aku, dalam kotak pensil ada dalam 5 ringgit. Kat tempat aku ni, tak ada top-up 5 ringgit, paling-paling sikit pun 10 ringgit. Nak pinjam, bagi aku tak perlu lagi kot. Setakat nak beli top-up aje pun. Akhirnya, sambil berselawat banyak-banyak dalam hati, aku pergi seluk semua baju sejuk aku dalam almari, semua kocek dalam beg yang selalu aku guna. Minta-minta la ada duit yang aku tertinggal kat dalam tu. Dan alhamdulillah, dalam duk mencari, aku dapatlah 4 ringgit. Manalah aku nak cari lagi seringgit? Aku pun beleklah semua buku-buku atas meja, manalah tahu ada duit yang terselit ke. Tapi sayangnya tak ada. Sepuluh sen berkarat pun tak ada. Tahu tak macam mana perasaan aku masa tu? Sedih yang teramat sangat. Tak tahu macam mana aku nak tulis kat sini. Tapi nasib baiklah aku jumpa jugak akhirnya duit seringgit kat dalam tupperware yang aku letak bedak dengan sikat aku. Masa tu, Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Bersyukur sangat. Maka nak dijadikan cerita, aku pergi beli top-up tu kat satu kedai. Korang semua bayangkan, aku bawa duit syiling sebanyak sepuluh ringgit untuk beli top-up sepuluh ringgit. Nak tahu mamat jual top-up tu kata apa? " Apa ni? syiling-syiling ni?" dah lah dia siap buat muka lagi masa tu. Memang aku terasa sangat hina masa tu. Salah ke aku guna duit syiling? Bukannya tak cukup duit tu. Bukannya aku minta dia bagi free kat aku top-up tu. Aku bayar guna duit juga. Cuma duit yang aku ada masa tu duit syiling je. Dan masa aku tengah jalan kaki nak balik rumah, dengan perasaan sebak dalam hati, aku terfikir yang dunia sekarang ni, kita akan dipandang mulia bila kita berharta dan berduit.  Nak kata aku ni berharta dan berduit tu memang sah-sah tak. Harta yang aku ada sekarang ni cumalah ilmu pelajaran yang mak bapak aku bagi. Dan dengan ilmu itulah yang aku akan guna untuk buat duit bila aku dah kerje esok.

*** sedih aku masih lagi tak habis. =(

Blogger merangkak.

by | | 0 comments

Semuanya perlu bermula semula dari merangkak. Ok, sudah jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh. Apa yang terangnya? haha...Tak habis lagi penyakit merapu meraban aku rupanya. Al-kesahnya aku kenalah bermula dari zero balik untuk blog baru aku ni. Blog yang konon-kononnya misteri nusantara dengan identiti yang tak diketahui oleh sesiapa melainkan aku seorang sahaja setakat ni ( lagipun aku memang tak berniat nak dedahkan identiti aku kat siapa-siapa pun). 

Sekarang bila aku tenung blog aku, apa yang aku nampak adalah :

0 follower
shoutbox pon tak ada apa-apa
pelawat terkini pun baru sorang je. ( terima kasih daun keladi buat encik radio yang sudi singgah )

Jelas dan nyata blog aku sekarang ni macam budak yang baru dilahirkan. Banyak yang aku kena buat kalau nak dibandingkan dengan blog yang lama tu. Aku kena blogwalking banyak-banyak. Nak luaskan kenalanlah katakan. Bukan nak kata aku tamak nak follower berjuta-juta lemon, tapi saja nak jalan-jalan hilangkan stress. Nak la juga ada orang yang baca blog aku ni. Tapi buat masa sekarang ni memang aku tak sempat lah nak berblog walking dengan aktif dan giat sebab aku tengah exam! Ini pun dah dikira sebagai satu tindakan gila aku berblog dalam musim exam. Nasib baik bukan exam final.


Blogger bebas merapu.

by | | 0 comments
Ok. sekarang aku mahu menaip entry. rasanya tadi idea dan semangat untuk menaip sangat berkobar-kobar. Aku tak tipu. Serius membuak-buak. Tapi yang sedihnya bila ja aku on laptop, semua idea tu hilang. Dah tak da apa yang aku boleh tulis. Sedih dan kecewa. Yang peliknya, masa aku baring-baring nak tidur malam-malam tu, masa tulah idea mencurah-curah. Tak terkawal langsung, sampai aku terfikir kalaulah ada alat yang boleh tukarkan kesemua idea dalam otak aku tu jadi huruf-huruf secara automatik.Maka aku tak perlulah menaip sambil memerah otak untuk ingat kembali apa yang ada dalam otak aku semalam. Sayangnya aku rasa alat macam tutak wujud lagi. Kalau wujud tu memang dah sah-sah aku beli.

Ini memang dah sah-sah entry merapu yang tak da hala tuju langsung.
Kan aku dah cakap taip yang aku memang tak da idea sekarang. So inilah jadinya.

Aku kembali ke dunia blogger dengan identiti yang baru. Identiti yang mana aku bebas untuk menulis apa yang aku rasa, fikir, nampak dan lihat. Aku tak mahu la apa yang aku tulis disini akan menjadi penyebab berlakunya konflik rumah tangga antara aku dengan housemate aku, ataupun antara aku dengan kawan-kawan aku. Sebabnya sini adalah tempat untuk aku berkonflik dengan diri sendiri ~ ha..ha..ha~

bagus tak idea aku ni?

Sekarang aku mahu sambung fikir apa yang patut aku letak dalam blog ni.

*seriusly aku tak suka design blog aku ni. Tapi masalahnya aku malas nak wat header sendiri.