Hidup ni panjang dan jauh lagi perjalannanya. Aku dah habis exam hari ni. 2 papers aje. Tolong jangan tanya pasal urogenital system ok! Aku hanya baca pasal neuroanat sahaja. Embryology memang aku tak minat.
Dah habis exam, maka aku enjoylah. Winter break 2 minggu. Aku tak merancang nak pergi bercuti kat mana-mana. Aku tak ada duit. Tapi aku akan join satu trip anjuran persatuan pelajar kat tempat aku ni nanti. Boleh dapat free harap-harapnya sebab aku jadi ajk pelaksana. Bijak tak? Cara mudah untuk melancong tapi tak perlu mengeluarkan duit. Biasalah, kena pandai-pandai cari peluang kan.
Dah habis exam ni maknanya aku boleh lak rehat kejap dari study. Ada ke istilah rehat dari study dalam hidup seorang pelajar sebenarnya? Ayah aku kata tak ada. Yang aku faham pulak, life is a learning process. Jadi sepanjang masa kita belajar sebenarnya.
Aku sekarang ni tengah giat membaca blog seorang stewardess ni. Nama dia Saloma. Bagi aku sangat menarik. Dia orang melayu Malaysia dan sekarang ni menetap kat UEA. Tapi aku tak tahu dia kerja dengan airlines mana sebab middle east ni ada banyak sangat airlines. Yang aku tahunya Etihad, Emirats and few more. hahaha..Aku jakun ok. Baru dua tiga kali naik kapal terbang. Tu pun sebab belajar. Kalau nak kira standard aku ni, Airasia pun tak mampu. Naik bas je.
Blog dia sangat matang bagi aku. Aku cuba letak diri aku sebagai seorang anak yang berada jauh dari mak ayah dan keluarga, seorang wanita yang bekerja diluar negara dan juga sebagai seorang wanita single ~ wink-wink. Bila aku dah buat macam tu, maka aku rasa lagi feel masa baca blog dia. Aku panggil dia kak S sebab aku lagi muda dari dia.
Dalam blog kak S ni dia cerita banyak benda. Pasal kehidupan dia sebagai seorang pramugari. Macam mana dia layan kerenah penumpang yang macam-macam, tak masuk lagi dengan kisah pilot gatal. hahaha..best sangat. Ada juga kisah dia dengan family dia kat malaysia. Even duduk kat uea, tapi dia selalu balik malaysia lawat family dia. Tapi yang lagi menarik bagi aku ialah kisah dia melayan lelaki yang wujud disekeliling dia. Dari ayah, kawan, pakwe,bekas pakwe, pilot lelaki, penumpang lelaki dan semua yang berjantina lelaki lah mudah katanya. Dari situ aku dapat lihat apa perspektif seorang perempuan terhadap lelaki yang ada seribu satu kerenah. Macam mana dia boleh handle semua tu. Memang aku salute habis la dekat kak S ni.
Tapi yang membuatkan aku lebih terpikat dengan blog kak S ni adalah sebab ayat dia yang sempoi, mudah dan ringkas. Aku boleh baca dengan mood yang santai.
Sebenarnya aku nak cakap yang hidup manusia ni terlalu misteri. Setiap orang ada jalannya sendiri. Teringat kawan-kawan sekolah aku dulu. Masa sekolah dia orang biasa-biasa je, tapi sekarang ni dah ramai yang nak grad. Ada yang dah grad dan dah kerja pun.
***Aku masih perlu bersabar untuk 4 tahun lagi.

0 comments:
Post a Comment