Pagi semua!
Kat tempat aku tengah musim sejuk sekarang ni. Bak kata orang puteh, tengah winterlah katakan. Jadi memang dah sah-sah aku kena pasang heater supaya bilik aku panas. Bukan heater cerek air tu, tapi heater pemanas. Sekarang ni pun aku tengah menaip entry ni sambil ditemani oleh heater kat belakang aku. memang best la. Kalau aku nak bergulung dalam comferter je tak cukup nak dapatkan kepanasan yang aku inginkan. Even tak ada salji kat tempat aku duduk ni, tapi sejuknya memang menggila. Nak-nak lagi bila turun hujan. Hujan tu tandanya suhu memang rendah. Ditambah lagi dengan angin yang boleh aku katakan bertiup agak kuat dan bukan lagi sepoi-sepoi bahasa.
Semalam aku tak boleh nak tidur. Otak aku akan ligat berfikir masa aku dah baring siap sedia untuk tidur atas kati. Tapi masalahnya bila aku nak study aku akan mula mengantuk nak tidur. Maybe aku silap timing kot antara masa tidur dengan masa study.
Kenapa aku susah nak tidur semalam? Sebab aku tengah serabut dan stress. Aku rasa hidup aku sejak kebelakangan ni sangat tak terurus. Study entah kemana, hubungan aku dengan orang sekeliling aku entah apa-apa, hubungan aku dengan Allah aku rasa makin jauh. Jiwa aku tak tenang. Batin aku bergelora ayat sastera Tapi itu memang kenyataannya.
Aku cuba untuk perbaiki semua tu balik. Aku kena kembali semula pada diri aku yang asal. Bermesra semula dengan kawan-kawan aku. Mungkin sebab aku senyap, jadi dia orang pun senyap juga dengan aku. Mungkin juga sebab aku dah lama tak solat jemaah dengan ahli rumah aku, menyebabkan aku rasa aku makin jauh dengan dia orang semua. Jadi sekarang aku kena dekatkan balik hati aku dengan dia orang. Aku kena approach dia orang balik. Takkan sampai grad nak berada dalam keadaan macam ni? Memang tak boleh hidup aku kalau macam ni yang jadi.
Hubungan dengan Allah yang paling penting dalam semua perkara. Kebelakangan ni aku dah kurang baca quran. Itu aku akui. Masa aku banyak terluang dan terbuang begitu sahaja kalau aku tak study. Aku lagi banyak tengok drama korea dan movie kot. Memang aku sangat-sangat lalai la kebelakangan ni. Macam yang aku taip kat atas, hati aku tak tenang. Mungkin ini sebabnya. Seharusnya aku jaga ibadat aku. Itulah penghubung aku dengan pencipta aku. Andainya aku makin jauh daripadaNYA, akulah yang akan rugi.
Dari segi study pula, memang semester ni yang aku rasa aku paling teruk. The worst ever! Kenapa? Sebab aku sangat-sangat tidak belajar dengan serius. Hatta time exam pun aku boleh buat biasa-biasa sahaja. Aku dah tak ada rasa berdebar-debar takut nak exam macam orang lain. Ni bukan nak kata aku sangat konfiden dengan diri sendiri sebab dah cover semua buku bukan topic sebab satu subjek pun dah meliputi 3 biji buku , tapi sebab aku tak prepare apa-apa. Inilah bahana suka bertangguh, bila dah sampai masa sehari sebelum nak exam barulah ak terkial-kial nak menghaap semua buku tu. Manalah sempat. Jadi penyelesaiannya, aku redah je exam macam tu. Tak tahulah berapa markah yang ak dapat. Gila kan aku ni? Kalau boleh jangan tiru aksi aku ni. Sebab sekurang-kurangnya aku masih boleh cover semua ni nanti exam final. Masa tu aku akan pulun habis-habis.
Terpanjanglah pulak taipan entry aku pagi. Kenapa aku tulis pagi? Sebab kat tempat aku sekarang ni masih lagi pagi.
Pesanan aku buat semua pelajar di luar sana, jangan tiru atau buat macam aku. Kalau rasa-rasa ada yang macam nak sama tu, berubahlah. Aku sendiri pun rasa agak kecewa dengan diri sendiri. Tapi kita takkan pernah terlewat untuk berubah. Betul tak? Setiap orang ada peluang untuk menjadi lebih baik.


0 comments:
Post a Comment