Sambung cerita zaman aku sekolah dulu-dulu. Aku perasan yang ada orang curi-curi tengok aku. Aku selalu rasa macam tu masa aku sampai sekolah pagi-pagi. Aku selalunya jalan kaki atau naik basikal. Tapi rasanya lebih banyak jalan kaki. Lagipun rumah aku dekat juga dengan sekolah.
Lepas tu, bila rehat aku nak pergi kantain dengan kawan-kawan aku, mesti ada dalam dua tiga orang budak yang berlainan spesis dengan aku duk kumpul ramai-ramai dekat tingkap yang menghadap kelas aku. Kelas aku tingkat 3. Kelas budak-budak lain spesis tu pun tingakat 3 juga, tapi blok dia bertentangan dengan blok aku. Jadi memang nampak apa yang kita orang buat dalam kelas. Tengah belajar ke. Bergurau ke. Tidur ke masa cikgu tengah mengajar.
Ada dekat sebulan la juga benda ni berlaku. Dalam buat tak layan tu, aku dah ter'admire' kat seorang insan berlainan jantina ni. Dia ni budak kelas yang bertentangan dengan aku. Kenapa aku admire kat dia? Sebab dia pakai cermin mata + dia budak skema + dia budak senyap + top student sekolah. Siapa tak nak minat budak yang paling pandai kan? Tapi masalahnya aku seorang je yang minat kat budak tu. Kawan-kawan aku semua cakap budak tu tak ada orang minat sebab dia nerd. Nerd ke? Tak bagi aku. Konon-konon budak tu jenis susah nak bercakap. Macamlah dalam mulut dia tu ada emas berlian. Kalau dengar suara dia tu memang bertuah la. Hahaha...aku gelak je bila dengar kawan-kawan aku cakap macam tu.
Dalam masa aku duk usya-usya budak tu, aku baru perasan yang aku dah makin rajin pergi belajar kat perpustakaan sekolah. Waktu rehat je terus aku ke perpustakaan. Kalau ada waktu yang cikgu tak masuk mengajar memang aku serbu perpustakaan dulu. Dah makin rajin aku ni. hahaha...sebab aku nak tengok budak yang aku minat tu. Dia memang kaki perpustakaan. Aku pun apa lagi, sambil study tu boleh cuci mata. Ambik inspirasi dari orang bijak pandai.
Yang melawakkan lagi cerita,classmate aku semua ingat aku dengan budak tu adik beradik. Aku senyap dan sengih jelah. Nak kata apa lagi.Last-last bila budak tu dah habis sekolah baru dia orang tahu yang aku dengan budak tu lain mak lain ayah. hahaha. Apalah buda-budak kelas aku ni. Dia orang kata muka aku dengan budak tu ada iras-iras. Hehehe. Maknanya ada jodoh lah tu.
Tapi masa budak tu habis sekolah, aku dah kecewa. Sebab baru aku tahu selama ni yang aku rasa ada orang duk mengintai-ngintai curi tengok aku tu ...sebenarnya aku silap. Geng budak kelas yang bertentangan dengan aku tu sebenarnya tolong usyakan kawan aku untuk budak yang aku minat tu. Lagi buat aku sedih bin kuciwa bila aku ternampak budak yang aku minat tu tengah duk bercakap dengan kawan aku kat tangga tepi kelas aku. Masa tu aku baru keluar dari bilik buku teks, dan tangga tu memang akan nampak dengan jelas dan nyata dari tempat aku berdiri. hahaha...giler sedih beb...tapi kawan aku tak tahu yang aku sebenarnya minat kat budak tu. Tak ada orang yang tahu kecuali bestfriend aku. tu pun sebab aku bagitau dia. Rasanya aku terkantoi bagitahu dia sebenarnya.
Tapi aku tak layan sangat rasa sedih aku tu lama-lama. Aku baru je tingkatan 4 masa tu. Lepas tu kalau nak dibandingkan antara aku dengan kawan aku yang budak tu minat, memang berbeza macam langit dengan bumi. Kawan aku tu menarik cantik hensem, aku pulak biasa-biasa je. Kawan aku tu body memang solid tough la. Aku pulak kategori yang badan besar. Jadi biarlah aku mengalah je. hehehe...ayat pujuk hati aku masa tu.
Ada la satu kali tu, budak yang aku minat tu hantar surat. Tapi bukan untuk aku. Dia bagi surat tu kat kawan aku. Dan yang tolong bacakan surat tu adalah aku. Memang kental sungguh hati aku masa tu. Muka maintain, tapi hati aku masa tu aku je yang tahu macam mana.
Tapi kawan aku tak layan budak tu sebab dia dah kapel masa tu. Jadi budak tu agak kecewa jugalah. Cuma aku agak terkejut julah bilamana aku dapat tahu yang budak tu memang serius nakkan kawan aku tu. Tu pun aku boleh tahu sebab ada sedara aku yang kawan dengan budak tu. Dia orang ni boleh tahan rapat juga lah. Jadi selalunya kalau ada apa-apa yang budak tu nak tahu pasal kawan aku, mesti sedara aku tu akan tanya kat aku. Dan aku dengan rela hatinya bagitau je apa yang dia orang nak tahu. Bagi aku, kalau budak tu bahagia,aku pun hepi jugak.
Dan kerja aku sebagai informer tak bertauliah budak tu berterusan sampai la aku masuk universiti. Cuma bezanya sepanjang aku form 4 tu, kita orang tak pernah bercakap ataupun bertemu. Budak tu pun entah kenal tak dengan aku. Selalu yang jadi informer aku kat budak tu, mestilah sedara aku. Aku rasa dari situlah macam mana aku dengan budak tu boleh ada connection yang aku sendiri tak tahu nak bagi nama apa. Nak kata kawan, bukan. Entahlah. Aku pun tak tahu.
Cerita ni masih panjang lagi sebenarnya. Nanti ada masa dan datang mood nak mengimbau kisah lama-lama, aku tulis lagi.

0 comments:
Post a Comment