Si Pembebel Siber

Seorang hamba di bumi ciptaan Pencipta. ~masih lagi dalam pencarian~

update device software

by | | 1 comments
Sambil mengupdate firmware henset nokia aku, aku layan drama jepun kejap.
*
**
***
*****
********
******
****
II
Aku minat la juga cerita jepun....
jom layan yamato nadeshiko schici henge !



Betul tak para blogger semua?

by | | 0 comments

Aku ni jenis yang tak pandai nak taip entry banyak-banyak, simpan kat draft lepas tu publish. Style aku, aku terasa nak menaip, ada idea yang aku rasa agak-agak boleh pakai ~ maka wujudlah sebuah entry. Itu gaya aku. Sebab itulah, dalam satu-satu masa aku boleh publish dua tiga entry. Tak kisahlah ada yang baca atau tak. Sebab aku tahu sekurang-kurangnya ada orang baca tajuk entry terbaru aku lepas aku ping blog kat GB. Haa..tulah fungsi GB yang paling syok. Betul tak para blogger semua? 

Tiba-tiba sekarang ni aku terasa nak berkongsi gambar tempat aku menetap sekarang ni. Lagipun aku rasa yang blog aku ni macam boring je sebab hanya ada huruf semata-mata. Enjoice!




opppsss...aku berkenan dengan kambing ni. 
lain kali la aku letak gambar kat tempat aku ni ye.
kambing ni aku jumpa kat satu ladang anggur dan mangga
kononnya jakun tak pernah jumpa, aku pun terus ambil gambar dia.
dia malu kat aku tu, sebab tu dia sorok dia punya muka. hehehe..



 ***Akhirnya aku letak juga widget twitter kat blog aku ni. Sebabnya biarlah rahsia. Hahaha..ayat tak boleh blah. Saja aku nak suruh stalkers aku kat luar sana tahu apa yang aku nak bagitau kat dia orang semua.hahaha...



urogenital system+neuroanat+Embryology

by | | 0 comments

Hidup ni panjang dan jauh lagi perjalannanya. Aku dah habis exam hari ni. 2 papers  aje. Tolong jangan tanya pasal urogenital system ok! Aku hanya baca pasal neuroanat sahaja. Embryology memang aku tak minat. 

Dah habis exam, maka aku enjoylah. Winter break 2 minggu. Aku tak merancang nak pergi bercuti kat mana-mana. Aku tak ada duit. Tapi aku akan join satu trip anjuran persatuan pelajar kat tempat aku ni nanti. Boleh dapat free harap-harapnya sebab aku jadi ajk pelaksana. Bijak tak? Cara mudah untuk melancong tapi tak perlu mengeluarkan duit. Biasalah, kena pandai-pandai cari peluang kan. 

Dah habis exam ni maknanya aku boleh lak rehat kejap dari study. Ada ke istilah rehat dari study dalam hidup seorang pelajar sebenarnya? Ayah aku kata tak ada. Yang aku faham pulak, life is a learning process. Jadi sepanjang masa kita belajar sebenarnya. 

Aku sekarang ni tengah giat membaca blog seorang stewardess ni. Nama dia Saloma. Bagi aku sangat menarik. Dia orang melayu Malaysia dan sekarang ni menetap kat UEA. Tapi aku tak tahu dia kerja dengan airlines mana sebab middle east ni ada banyak sangat airlines. Yang aku tahunya Etihad, Emirats and few more. hahaha..Aku jakun ok. Baru dua tiga kali naik kapal terbang. Tu pun sebab belajar. Kalau nak kira standard aku ni, Airasia pun tak mampu. Naik bas je. 

Blog dia sangat matang bagi aku. Aku cuba letak diri aku sebagai  seorang anak yang berada jauh dari mak ayah dan keluarga, seorang wanita yang bekerja diluar negara dan juga sebagai seorang wanita single ~ wink-wink. Bila aku dah buat macam tu, maka aku rasa lagi feel masa baca blog dia. Aku panggil dia kak S sebab aku lagi muda dari dia. 

Dalam blog kak S ni dia cerita banyak benda. Pasal kehidupan dia sebagai seorang pramugari. Macam mana dia layan kerenah penumpang yang macam-macam, tak masuk lagi dengan kisah pilot gatal. hahaha..best sangat. Ada juga kisah dia dengan family dia kat malaysia. Even duduk kat uea, tapi dia selalu balik malaysia lawat family dia. Tapi yang lagi menarik bagi aku ialah kisah dia melayan lelaki yang wujud disekeliling dia. Dari ayah, kawan, pakwe,bekas pakwe, pilot lelaki, penumpang lelaki dan semua yang berjantina lelaki lah mudah katanya. Dari situ aku dapat lihat apa perspektif seorang perempuan terhadap lelaki yang ada seribu satu kerenah. Macam mana dia boleh handle semua tu. Memang aku salute habis la dekat kak S ni. 

Tapi yang membuatkan aku lebih terpikat dengan blog kak S ni adalah sebab ayat dia yang sempoi, mudah dan ringkas. Aku boleh baca dengan mood yang santai.

Sebenarnya aku nak cakap yang hidup manusia ni terlalu misteri. Setiap orang ada jalannya sendiri. Teringat kawan-kawan sekolah aku dulu. Masa sekolah dia orang biasa-biasa je, tapi sekarang ni dah ramai yang nak grad. Ada yang dah grad dan dah kerja pun. 

***Aku masih perlu bersabar untuk 4 tahun lagi.

lelaki@suami+wanita@isteri

by | | 0 comments
Apa bezanya bagi korang semua?

Antara seorang lelaki dengan seorang suami?

Antara seorang wanita dengan seorang isteri?

Bagi aku walaupun ianya cuma berbeza istilah, tapi jurang makna antara kedua-duanya sangat besar.

Aku lagi prefer suami daripada lelaki dan isteri daripada wanita. Antara keduanya wujud satu ikatan sah lagi suci.

Tapi antara lelaki dan wanita pula tidak ada apa-apa yang menghalalkan lagi selagi tidak ada lafaz nikah yang sah.

Sebab tu aku lagi suka kawin dari kapel.

tapi sekarang ni aku kena habiskan study dulu. Kalau tak nanti dah kawen takkan nak telan megi dengan air kosong je hari-hari sebab tak ada duit.

Part 2: Aku kecewa bila SA minat kawan aku!

by | | 0 comments

Sambung cerita zaman aku sekolah dulu-dulu. Aku perasan yang ada orang curi-curi tengok aku. Aku selalu rasa macam tu masa aku sampai sekolah pagi-pagi. Aku selalunya jalan kaki atau naik basikal. Tapi rasanya lebih banyak jalan kaki. Lagipun rumah aku dekat juga dengan sekolah. 

Lepas tu, bila rehat aku nak pergi kantain dengan kawan-kawan aku, mesti ada dalam dua tiga orang budak yang berlainan spesis dengan aku duk kumpul ramai-ramai dekat tingkap yang menghadap kelas aku. Kelas aku tingkat 3. Kelas budak-budak lain spesis tu pun tingakat 3 juga, tapi blok dia bertentangan dengan blok aku. Jadi memang nampak apa yang kita orang buat dalam kelas. Tengah belajar ke. Bergurau ke. Tidur ke masa cikgu tengah mengajar. 

Ada dekat sebulan la juga benda ni berlaku. Dalam buat tak layan tu, aku dah ter'admire' kat seorang insan berlainan jantina ni. Dia ni budak kelas yang bertentangan dengan aku. Kenapa aku admire kat dia? Sebab dia pakai cermin mata + dia budak skema + dia budak senyap + top student sekolah. Siapa tak nak minat budak yang paling pandai kan? Tapi masalahnya aku seorang je yang minat kat budak tu. Kawan-kawan aku semua cakap budak tu tak ada orang minat sebab dia nerd. Nerd ke? Tak bagi aku. Konon-konon budak tu jenis susah nak bercakap. Macamlah dalam mulut dia tu ada emas berlian. Kalau dengar suara dia tu memang bertuah la. Hahaha...aku gelak je bila dengar kawan-kawan aku cakap macam tu.

Dalam masa aku duk usya-usya budak tu, aku baru perasan yang aku dah makin rajin pergi belajar kat perpustakaan sekolah. Waktu rehat je terus aku ke perpustakaan. Kalau ada waktu yang cikgu tak masuk mengajar memang aku serbu perpustakaan dulu. Dah makin rajin aku ni. hahaha...sebab aku nak tengok budak yang aku minat tu. Dia memang kaki perpustakaan. Aku pun apa lagi, sambil study tu boleh cuci mata. Ambik inspirasi dari orang bijak pandai. 

Yang melawakkan lagi cerita,classmate aku semua ingat aku dengan budak tu adik beradik. Aku senyap dan sengih jelah. Nak kata apa lagi.Last-last bila budak tu dah habis sekolah baru dia orang tahu yang aku dengan budak tu lain mak lain ayah. hahaha. Apalah buda-budak kelas aku ni. Dia orang kata muka aku dengan budak tu ada iras-iras. Hehehe. Maknanya ada jodoh lah tu.

Tapi masa budak tu habis sekolah, aku dah kecewa. Sebab baru aku tahu selama ni yang aku rasa ada orang duk mengintai-ngintai curi tengok aku tu ...sebenarnya aku silap. Geng budak kelas yang bertentangan dengan aku tu sebenarnya tolong usyakan kawan aku untuk budak yang aku minat tu. Lagi buat aku sedih bin kuciwa bila aku ternampak budak yang aku minat tu tengah duk bercakap dengan kawan aku kat tangga tepi kelas aku. Masa tu aku baru keluar dari bilik buku teks, dan tangga tu memang akan nampak dengan jelas dan nyata dari tempat aku berdiri. hahaha...giler sedih beb...tapi kawan aku tak tahu yang aku sebenarnya minat kat budak tu. Tak ada orang yang tahu kecuali bestfriend aku. tu pun sebab aku bagitau dia. Rasanya aku terkantoi bagitahu dia sebenarnya. 

Tapi aku tak layan sangat rasa sedih aku tu lama-lama. Aku baru je tingkatan 4 masa tu. Lepas tu kalau nak dibandingkan antara aku dengan kawan aku yang budak tu minat, memang berbeza macam langit dengan bumi. Kawan aku tu menarik cantik hensem, aku pulak biasa-biasa je. Kawan aku tu body memang solid tough la. Aku pulak kategori yang badan besar. Jadi biarlah aku mengalah je. hehehe...ayat pujuk hati aku masa tu. 

Ada la satu kali tu, budak yang aku minat tu hantar surat. Tapi bukan untuk aku. Dia bagi surat tu kat kawan aku. Dan yang tolong bacakan surat tu adalah aku. Memang kental sungguh hati aku masa tu. Muka maintain, tapi hati aku masa tu aku je yang tahu macam mana. 

Tapi kawan aku tak layan budak tu sebab dia dah kapel masa tu. Jadi budak tu agak kecewa jugalah. Cuma aku agak terkejut julah bilamana aku dapat tahu yang budak tu memang serius nakkan kawan aku tu. Tu pun aku boleh tahu sebab ada sedara aku yang kawan dengan budak tu. Dia orang ni boleh tahan rapat juga lah. Jadi selalunya kalau ada apa-apa yang budak tu nak tahu pasal kawan aku, mesti sedara aku tu akan tanya kat aku. Dan aku dengan rela hatinya bagitau je apa yang dia orang nak tahu. Bagi aku, kalau budak tu bahagia,aku pun hepi jugak. 

Dan kerja aku sebagai informer tak bertauliah budak tu berterusan sampai la aku masuk universiti. Cuma bezanya sepanjang aku form 4 tu, kita orang tak pernah bercakap ataupun bertemu. Budak tu pun entah kenal tak dengan aku. Selalu yang jadi informer aku kat budak tu, mestilah sedara aku. Aku rasa dari situlah macam mana aku dengan budak tu boleh ada connection yang aku sendiri tak tahu nak bagi nama apa. Nak kata kawan, bukan. Entahlah. Aku pun tak tahu.

Cerita ni masih panjang lagi sebenarnya. Nanti ada masa dan datang mood nak mengimbau kisah lama-lama, aku tulis lagi.

Apa yang dah korang capai dan sumbangkan?

by | | 0 comments
Pernah tak sepanjang umur korang semua di atas muka bumi ni, korang semua terfikir apa yang dah korang semua capai? Pencapaian yang boleh membanggakan diri korang dan keluarga. Tapi bangga semata-mata tak boleh dibawa kemana. Bukan boleh kenyangkan perut yang lapar ataupun penuhkan dompet yang kosong. Betul tak? 

Aku terfikir benda ni selepas aku renung balik keadaan diri aku selama 22 tahun aku hidup dan bernafas atas bumi tuhan ni. Apa yang aku dah capai sepanjang ak hidup ni. Apa kemahiran yang aku ada yang boleh aku gunakan untuk sara diri aku sendiri. Apa yang dah aku sumbangkan pada keluarga aku khususnya. Sumbangan aku pada agama, masyarakat dan negara. 

Aku ni masih lagi pelajar undergraduate. Lambat lagi aku nak habis belajar. Ada dalam 4 tahun lagi dan aku baru selesai satu pertiga dari keseluruhan course. Course yang aku pilih memang panjang. Aku tak ada diploma. Makna kata kalau apa-apa jadi tengah jalan study ni, memang aku tak boleh nak minta kerja sebab aku tak ada kelulusan. Setakat sijil matrikulasi tu memang tak laku la. Jadi aku memang kena habiskan juga study aku sekarang ni by hook or by crook. 

Nak kata aku dah boleh sara hidup aku sendiri tu memang dah terang lagi bersuluh tidak. Makan minum aku pun still bapak aku yang tanggung.Segala-galanyalah mudah cerita. Segan juga aku rasa. Orang lain umur dah 22 tahun dah boleh balas budi mak ayah. Ada kerja sendiri. Ada duit sendiri. Tapi aku tak. Masih lagi berharap pada keluarga. Tapi nak buat macam mana. Dah nasib aku macam tu. Lambat lagi baru aku boleh nak membalas budi mak ayah aku. 

Teringat pesan mak aku. Dia suruh aku belajar elok-elok dan banyakkan bersabar.

tolong...aku mahu berubah

by | | 0 comments
Pagi semua!

Kat tempat aku tengah musim sejuk sekarang ni. Bak kata orang puteh, tengah winterlah katakan. Jadi memang dah sah-sah aku kena pasang heater supaya bilik aku panas. Bukan heater cerek air tu, tapi heater pemanas. Sekarang ni pun aku tengah menaip entry ni sambil ditemani oleh heater kat belakang aku. memang best la. Kalau aku nak bergulung dalam comferter je tak cukup nak dapatkan kepanasan yang aku inginkan. Even tak ada salji kat tempat aku duduk ni, tapi sejuknya memang menggila. Nak-nak lagi bila turun hujan. Hujan tu tandanya suhu memang rendah. Ditambah lagi dengan angin yang boleh aku katakan bertiup agak kuat dan bukan lagi sepoi-sepoi bahasa. 

Semalam aku tak boleh nak tidur. Otak aku akan ligat berfikir masa aku dah baring siap sedia untuk tidur atas kati. Tapi masalahnya bila aku nak study aku akan mula mengantuk nak tidur. Maybe aku silap timing kot antara masa tidur dengan masa study.

Kenapa aku susah nak tidur semalam? Sebab aku tengah serabut dan stress. Aku rasa hidup aku sejak kebelakangan ni sangat tak terurus. Study entah kemana, hubungan aku dengan orang sekeliling aku entah apa-apa, hubungan aku dengan Allah aku rasa makin jauh. Jiwa aku tak tenang. Batin aku bergelora  ayat sastera Tapi itu memang kenyataannya. 

Aku cuba untuk perbaiki semua tu balik. Aku kena kembali semula pada diri aku yang asal. Bermesra semula dengan kawan-kawan aku. Mungkin sebab aku senyap, jadi dia orang pun senyap juga dengan aku. Mungkin juga sebab aku dah lama tak solat jemaah dengan ahli rumah aku, menyebabkan aku rasa aku makin jauh dengan dia orang semua. Jadi sekarang aku kena dekatkan balik hati aku dengan dia orang. Aku kena approach dia orang balik. Takkan sampai grad nak berada dalam keadaan macam ni? Memang tak boleh hidup aku kalau macam ni yang jadi. 

Hubungan dengan Allah yang paling penting dalam semua perkara. Kebelakangan ni aku dah kurang baca quran. Itu aku akui. Masa aku banyak terluang dan terbuang begitu sahaja kalau aku tak study. Aku lagi banyak tengok drama korea dan movie kot. Memang aku sangat-sangat lalai la kebelakangan ni. Macam yang aku taip kat atas, hati aku tak tenang. Mungkin ini sebabnya. Seharusnya aku jaga ibadat aku. Itulah penghubung aku dengan pencipta aku. Andainya aku makin jauh daripadaNYA, akulah yang akan rugi.

Dari segi study pula, memang semester ni yang aku rasa aku paling teruk. The worst ever! Kenapa? Sebab aku sangat-sangat tidak belajar dengan serius. Hatta time exam pun aku boleh buat biasa-biasa sahaja. Aku dah tak ada rasa berdebar-debar takut nak exam macam orang lain. Ni bukan nak kata aku sangat konfiden dengan diri sendiri sebab dah cover semua buku bukan topic sebab satu subjek pun dah meliputi 3 biji buku , tapi sebab aku tak prepare apa-apa. Inilah bahana suka bertangguh, bila dah sampai masa sehari sebelum nak exam barulah ak terkial-kial nak menghaap semua buku tu. Manalah sempat. Jadi penyelesaiannya, aku redah je exam macam tu. Tak tahulah berapa markah yang ak dapat. Gila kan aku ni? Kalau boleh jangan tiru aksi aku ni. Sebab sekurang-kurangnya aku masih boleh cover semua ni nanti exam final. Masa tu aku akan pulun habis-habis.

Terpanjanglah pulak taipan entry aku pagi. Kenapa aku tulis pagi? Sebab kat tempat aku sekarang ni masih lagi pagi. 


Pesanan aku buat semua pelajar di luar sana, jangan tiru atau buat macam aku. Kalau rasa-rasa ada yang macam nak sama tu, berubahlah. Aku sendiri pun rasa agak kecewa dengan diri sendiri. Tapi kita takkan pernah terlewat untuk berubah. Betul tak? Setiap orang ada peluang untuk menjadi lebih baik.

Part 1 : Sekolah baru + makhluk berspek mata

by | | 0 comments

Ini kisah dulu-dulu. Kisah zaman aku muda remaja. Bila dikenang-kenangkan balik, memang aku akan tersengih macam kerang busuk seorang diri. Tapi tidak ada orang yang akan kata aku gila sebab aku hanya akan imbas kembali kisah lama bilamana aku duduk seorang diri dalam bilik. Aku memang tak buatlah kerja berangan-angan dan mengimbau memori lama kat depan orang. Imej kena jaga beb. Betul tak?

Al-kisahnya, masa zaman menengah rendah dulu aku sekolah kat  sekolah yang ada satu jantina je. Maka, aku agak segan la dengan spesis yang berlainan jantina dengan aku masa tu. Bila naik tingkatan 4, aku pindah masuk sekolah yang campur dua-dua jantina. Sebabnya adalah kerana aku dah bosan tengok spesis yang sama sahaja tiap-tiap hari. Keluar je keputusan PMR, aku terus ambil surat tukar sekolah. Hari esoknya terus aku daftar nama aku masuk sekolah baru yang jaraknya dengan lima ratus langkah kaki dari rumah aku. Satu keputusan yang memang aku tak pernah sesali. Sebab dari situlah aku mula merancang masa depan aku. hehehe....

Hari pertama persekolahan, aku lepak-lepak je kat rumah. Masuk minggu kedua baru aku pergi sekolah. Awal-awal lagi aku dah ponteng. Masa minggu pertama tu, sekolah baru aku buat minggu orientasi untuk budak-budak form 4. Iyalah, masa tu aku rasa ramai lagi yang tak pasti dan ragu-ragu nak masuk aliran mana. Sekolah baru aku tu ada banyak aliran. Aliran sains tulen, sains kejuruteraan, perdagangan, perakaunan dan sastera. Bagi aku orientasi tu semua tak penting sebab aku dah pilih untuk masuk aliran sains tulen. Cita-cita nak jadi doktorlah katakan. 

Hari pertama minggu kedua, aku pergi sekolah dengan mak aku. Punyalah susah nak boleh masuk kelas. Aku ingat lagi cikgu Penolong Kanan sekolah tu layan tak layan je aku masa aku pergi jumpa dia nak tahu kelas aku yang mana satu. Siap boleh cakap yang sekolah tu tak layan sangat budak yang bertukar sekolah sebab ada masalah displin dan result rendah. Mak aku dengar je dia cakap macam tu memang menyirap darah dia. Memang boleh nampak sebab muka mak aku masa tu dah merah. Aku agak dia memang nak marah tapi tahan je dalam hati. Pastu cikgu tu tanya la berapa result PMR aku. Aku cakap sikit je. Aku memang tak dapat straigth A's pun, tapi still ok la.Aku dapat 7A je. Kalau aku dapat 8A memang dah sah-sah aku takkan masuk sekolah tu. Lebih baik aku pergi masuk MRSM ataupun SBP yang semua orang budak-budak sekolah rendah impikan tu. Senyap terus cikgu tu. Terus tak cakap apa-apa lepas tu. Agaknya dia fikir mana mungkin aku ni budak yang bermasalah disiplin. hahaha...Apa-apalah cikgu. Yang penting saya dapat masuk kelas.

Selesai je semua tu, aku terus dibawa ke kelas baru. Memang aku akui aku terkena kejutan budaya sejak dari hari pertama lagi. Kenapa? Iyalah, dari sekolah satu jantina, tiba-tiba aku masuk ke sekolah yang ada dua-dua jantina. Nak-nak lagi semua jantina duduk dalam satu kelas.hahaha...Lawak tak aku ni? Seingat akulah, sepanjang tahun pertama aku kat sekolah tu, aku sangat pasif. Aku susah nak bercakap dengan spesis yang satu lagi. Aku memang tak pandai nak bercakap bergurau senda macam kawan-kawan sejantina dengan aku. Dan aku rasa benda tu masih kekal sampai sekarang. Tapi bila aku nilai balik, bagus apa macam tu. Sekurang-kurang ikhtilat terjaga. Aku membataskan pergaulan aku dengan yang bukan muhrim. Hanya bila ada urusan yang penting sahaja aku bercakap dengan spesis yang satu lagi.

Tapi dalam diam aku tak bercakap dengan spesis yang satu lagi tu, aku boleh pula terminat dekat satu makhluk berlainan spesis dengan aku ni. Yang lawaknya aku boleh terminat dekat makhluk tu sebab dia pakai spek mata. Dan aku memang minat kat orang yang pakai spek ni. Sampai sekarang benda tu masih kekal. Sekarang ni kalau mak aku nak suruh aku kawen, aku akan tetapkan yang calon aku tu mesti bercermin mata. hahaha...Angau aku kat budak berspek mata tu lama la jugak. Ada dalam 5 bulan. Tapi aku tak bagitau dia pun. Sebab aku kan jenis yang tak bercakap dengan spesis yang berlainan jantina dengan aku. 

Rasanya aku dah tak minat kat budak tu lepas aku dapat tahu yang dia kapel dengan budak kelas sebelah, dan ada satu kali tu diorang boleh pulak masuk dating dalam kelas aku bila dah habis waktu sekolah. Kebetulan pula masa tu aku stay back sebab nak habiskan kerja sekolah add math. Dan bermula dari saat tu memang aku buang jauh-jauh perasaan minat aku dekat budak tu. 

Lepas je kejadian tu, tak ada apa-apa yang menarik berlaku dalam hidup aku. Sampailah satu ketika, bila aku perasan macam ada orang yang selalu curi-curi tengok aku. Tapi masa tu aku tak tahu lagi siapa yang mencuri-curi mengintai tengok aku kat sekolah tu. 

bersambung...

Hina ke aku sbb x berduit?

by | | 2 comments

Aku memang tengah menggila sekarang ni. Kenapa? Pertama-tamanya aku nak jelaskan yang aku tak ada perasaan dengki sikit pun kepada mana-mana pelajar di mana-mana universiti di seluruh dunia ni yang dapat biasiswa ataupun bahasa mat salehnya scholar. Tak kiralah universiti swasta ataupun yang awam punya. Tahniah sebab kamu semua dapat biasiswa tak kiralah JPA, MARA ataupun mana-mana yayasan ataupun badan berkebajikan yang lain. Ok. Aku pelajar ok. Tapi aku mak ayah aku yang tanggung. Selama aku duk minta pinjaman atau biasiswa, semua tak pernah dapat. Nak kata aku tak berkelayakan, aku lepas je semua syarat. Mudah katanya bukan rezeki aku lagi. Tapi yang membuatkan aku bengang nak pecah otak bila mana ada satu makhluk bernyawa ni yang cakap ikut sedap mulut ja. Takpalah si makhluk tu membebel, aku tak kisah. Tapi yang buat aku tersentap pasal dia duk bising-bising suruh bayar duit gas rumah. Bising-bising sampai ke rumah jiran pun dengar. Aku tahulah hutang tu wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Masalahnya sekarang ni, ak dah dekat 2 minggu poket kering. Dalam dompet aku memang kosong, atas meja study aku ada duit 2 ringgit je. Aku nak bayar macam mana?????.....Tambah lagi sekarang ni tengah bulan. Bukan aku tak boleh mintak dengan bapak aku, tapi aku kesian la jugak kat dia, adik-adik aku ramai lagi yang sekolah. Bukan seorang dua. Tapi empat lima orang. Makan minum diorang lagi. Pasal tu la aku cuba untuk bertahan sampai hujung bulan ni. Dah agak-agak hujung bulan nanti aku bayar la duit gas yang berapa sen tu. ( masalahnya bila aku tengah sengkek tak ada duit ni, yang berapa sen tu jugalah yag aku memang tak mampu nak bayar). Mungkin si makhluk tu tak pernah merasa hidup susah tak ada duit. Jadi dia tak faham. Nak buat macam mana, rezeki masing-masing kan?. Tak apa, hari ini aku susah, rezeki kemudian hari siapa yang tahu.
Aku tak salahkan si makhluk tu. Dia tak tahu situasi aku. Dan aku tak perlukan simpati dia andainya dia ter"tahu" mengenai masalah aku. Lagipun ramai je lagi susah dari aku. Apalah sangat aku ni.

Macam inilah hidup seorang pelajar. Nak-nak lagi kalau pelajar persendirian. Aku ptptn pun tak ada. Nak ada macam mananya. Kat tempat aku memang tak diperuntukkan ptptn, kalau ada dah lama aku minta. Tak ada lah jadinya aku mencurah perasaan macam ni. Serius aku sangat sedih, tapi air mata aku tak mampu nak keluar. 

Pernah ada satu kali tu, handset aku memang kosong kredit. Tiba-tiba masa tulah aku kena buat panggilan yang penting. Tapi aku tak ada duit. Seingat aku, dalam kotak pensil ada dalam 5 ringgit. Kat tempat aku ni, tak ada top-up 5 ringgit, paling-paling sikit pun 10 ringgit. Nak pinjam, bagi aku tak perlu lagi kot. Setakat nak beli top-up aje pun. Akhirnya, sambil berselawat banyak-banyak dalam hati, aku pergi seluk semua baju sejuk aku dalam almari, semua kocek dalam beg yang selalu aku guna. Minta-minta la ada duit yang aku tertinggal kat dalam tu. Dan alhamdulillah, dalam duk mencari, aku dapatlah 4 ringgit. Manalah aku nak cari lagi seringgit? Aku pun beleklah semua buku-buku atas meja, manalah tahu ada duit yang terselit ke. Tapi sayangnya tak ada. Sepuluh sen berkarat pun tak ada. Tahu tak macam mana perasaan aku masa tu? Sedih yang teramat sangat. Tak tahu macam mana aku nak tulis kat sini. Tapi nasib baiklah aku jumpa jugak akhirnya duit seringgit kat dalam tupperware yang aku letak bedak dengan sikat aku. Masa tu, Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Bersyukur sangat. Maka nak dijadikan cerita, aku pergi beli top-up tu kat satu kedai. Korang semua bayangkan, aku bawa duit syiling sebanyak sepuluh ringgit untuk beli top-up sepuluh ringgit. Nak tahu mamat jual top-up tu kata apa? " Apa ni? syiling-syiling ni?" dah lah dia siap buat muka lagi masa tu. Memang aku terasa sangat hina masa tu. Salah ke aku guna duit syiling? Bukannya tak cukup duit tu. Bukannya aku minta dia bagi free kat aku top-up tu. Aku bayar guna duit juga. Cuma duit yang aku ada masa tu duit syiling je. Dan masa aku tengah jalan kaki nak balik rumah, dengan perasaan sebak dalam hati, aku terfikir yang dunia sekarang ni, kita akan dipandang mulia bila kita berharta dan berduit.  Nak kata aku ni berharta dan berduit tu memang sah-sah tak. Harta yang aku ada sekarang ni cumalah ilmu pelajaran yang mak bapak aku bagi. Dan dengan ilmu itulah yang aku akan guna untuk buat duit bila aku dah kerje esok.

*** sedih aku masih lagi tak habis. =(

Blogger merangkak.

by | | 0 comments

Semuanya perlu bermula semula dari merangkak. Ok, sudah jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh. Apa yang terangnya? haha...Tak habis lagi penyakit merapu meraban aku rupanya. Al-kesahnya aku kenalah bermula dari zero balik untuk blog baru aku ni. Blog yang konon-kononnya misteri nusantara dengan identiti yang tak diketahui oleh sesiapa melainkan aku seorang sahaja setakat ni ( lagipun aku memang tak berniat nak dedahkan identiti aku kat siapa-siapa pun). 

Sekarang bila aku tenung blog aku, apa yang aku nampak adalah :

0 follower
shoutbox pon tak ada apa-apa
pelawat terkini pun baru sorang je. ( terima kasih daun keladi buat encik radio yang sudi singgah )

Jelas dan nyata blog aku sekarang ni macam budak yang baru dilahirkan. Banyak yang aku kena buat kalau nak dibandingkan dengan blog yang lama tu. Aku kena blogwalking banyak-banyak. Nak luaskan kenalanlah katakan. Bukan nak kata aku tamak nak follower berjuta-juta lemon, tapi saja nak jalan-jalan hilangkan stress. Nak la juga ada orang yang baca blog aku ni. Tapi buat masa sekarang ni memang aku tak sempat lah nak berblog walking dengan aktif dan giat sebab aku tengah exam! Ini pun dah dikira sebagai satu tindakan gila aku berblog dalam musim exam. Nasib baik bukan exam final.


Blogger bebas merapu.

by | | 0 comments
Ok. sekarang aku mahu menaip entry. rasanya tadi idea dan semangat untuk menaip sangat berkobar-kobar. Aku tak tipu. Serius membuak-buak. Tapi yang sedihnya bila ja aku on laptop, semua idea tu hilang. Dah tak da apa yang aku boleh tulis. Sedih dan kecewa. Yang peliknya, masa aku baring-baring nak tidur malam-malam tu, masa tulah idea mencurah-curah. Tak terkawal langsung, sampai aku terfikir kalaulah ada alat yang boleh tukarkan kesemua idea dalam otak aku tu jadi huruf-huruf secara automatik.Maka aku tak perlulah menaip sambil memerah otak untuk ingat kembali apa yang ada dalam otak aku semalam. Sayangnya aku rasa alat macam tutak wujud lagi. Kalau wujud tu memang dah sah-sah aku beli.

Ini memang dah sah-sah entry merapu yang tak da hala tuju langsung.
Kan aku dah cakap taip yang aku memang tak da idea sekarang. So inilah jadinya.

Aku kembali ke dunia blogger dengan identiti yang baru. Identiti yang mana aku bebas untuk menulis apa yang aku rasa, fikir, nampak dan lihat. Aku tak mahu la apa yang aku tulis disini akan menjadi penyebab berlakunya konflik rumah tangga antara aku dengan housemate aku, ataupun antara aku dengan kawan-kawan aku. Sebabnya sini adalah tempat untuk aku berkonflik dengan diri sendiri ~ ha..ha..ha~

bagus tak idea aku ni?

Sekarang aku mahu sambung fikir apa yang patut aku letak dalam blog ni.

*seriusly aku tak suka design blog aku ni. Tapi masalahnya aku malas nak wat header sendiri.