Si Pembebel Siber

Seorang hamba di bumi ciptaan Pencipta. ~masih lagi dalam pencarian~

Part 1 : Sekolah baru + makhluk berspek mata

by | |

Ini kisah dulu-dulu. Kisah zaman aku muda remaja. Bila dikenang-kenangkan balik, memang aku akan tersengih macam kerang busuk seorang diri. Tapi tidak ada orang yang akan kata aku gila sebab aku hanya akan imbas kembali kisah lama bilamana aku duduk seorang diri dalam bilik. Aku memang tak buatlah kerja berangan-angan dan mengimbau memori lama kat depan orang. Imej kena jaga beb. Betul tak?

Al-kisahnya, masa zaman menengah rendah dulu aku sekolah kat  sekolah yang ada satu jantina je. Maka, aku agak segan la dengan spesis yang berlainan jantina dengan aku masa tu. Bila naik tingkatan 4, aku pindah masuk sekolah yang campur dua-dua jantina. Sebabnya adalah kerana aku dah bosan tengok spesis yang sama sahaja tiap-tiap hari. Keluar je keputusan PMR, aku terus ambil surat tukar sekolah. Hari esoknya terus aku daftar nama aku masuk sekolah baru yang jaraknya dengan lima ratus langkah kaki dari rumah aku. Satu keputusan yang memang aku tak pernah sesali. Sebab dari situlah aku mula merancang masa depan aku. hehehe....

Hari pertama persekolahan, aku lepak-lepak je kat rumah. Masuk minggu kedua baru aku pergi sekolah. Awal-awal lagi aku dah ponteng. Masa minggu pertama tu, sekolah baru aku buat minggu orientasi untuk budak-budak form 4. Iyalah, masa tu aku rasa ramai lagi yang tak pasti dan ragu-ragu nak masuk aliran mana. Sekolah baru aku tu ada banyak aliran. Aliran sains tulen, sains kejuruteraan, perdagangan, perakaunan dan sastera. Bagi aku orientasi tu semua tak penting sebab aku dah pilih untuk masuk aliran sains tulen. Cita-cita nak jadi doktorlah katakan. 

Hari pertama minggu kedua, aku pergi sekolah dengan mak aku. Punyalah susah nak boleh masuk kelas. Aku ingat lagi cikgu Penolong Kanan sekolah tu layan tak layan je aku masa aku pergi jumpa dia nak tahu kelas aku yang mana satu. Siap boleh cakap yang sekolah tu tak layan sangat budak yang bertukar sekolah sebab ada masalah displin dan result rendah. Mak aku dengar je dia cakap macam tu memang menyirap darah dia. Memang boleh nampak sebab muka mak aku masa tu dah merah. Aku agak dia memang nak marah tapi tahan je dalam hati. Pastu cikgu tu tanya la berapa result PMR aku. Aku cakap sikit je. Aku memang tak dapat straigth A's pun, tapi still ok la.Aku dapat 7A je. Kalau aku dapat 8A memang dah sah-sah aku takkan masuk sekolah tu. Lebih baik aku pergi masuk MRSM ataupun SBP yang semua orang budak-budak sekolah rendah impikan tu. Senyap terus cikgu tu. Terus tak cakap apa-apa lepas tu. Agaknya dia fikir mana mungkin aku ni budak yang bermasalah disiplin. hahaha...Apa-apalah cikgu. Yang penting saya dapat masuk kelas.

Selesai je semua tu, aku terus dibawa ke kelas baru. Memang aku akui aku terkena kejutan budaya sejak dari hari pertama lagi. Kenapa? Iyalah, dari sekolah satu jantina, tiba-tiba aku masuk ke sekolah yang ada dua-dua jantina. Nak-nak lagi semua jantina duduk dalam satu kelas.hahaha...Lawak tak aku ni? Seingat akulah, sepanjang tahun pertama aku kat sekolah tu, aku sangat pasif. Aku susah nak bercakap dengan spesis yang satu lagi. Aku memang tak pandai nak bercakap bergurau senda macam kawan-kawan sejantina dengan aku. Dan aku rasa benda tu masih kekal sampai sekarang. Tapi bila aku nilai balik, bagus apa macam tu. Sekurang-kurang ikhtilat terjaga. Aku membataskan pergaulan aku dengan yang bukan muhrim. Hanya bila ada urusan yang penting sahaja aku bercakap dengan spesis yang satu lagi.

Tapi dalam diam aku tak bercakap dengan spesis yang satu lagi tu, aku boleh pula terminat dekat satu makhluk berlainan spesis dengan aku ni. Yang lawaknya aku boleh terminat dekat makhluk tu sebab dia pakai spek mata. Dan aku memang minat kat orang yang pakai spek ni. Sampai sekarang benda tu masih kekal. Sekarang ni kalau mak aku nak suruh aku kawen, aku akan tetapkan yang calon aku tu mesti bercermin mata. hahaha...Angau aku kat budak berspek mata tu lama la jugak. Ada dalam 5 bulan. Tapi aku tak bagitau dia pun. Sebab aku kan jenis yang tak bercakap dengan spesis yang berlainan jantina dengan aku. 

Rasanya aku dah tak minat kat budak tu lepas aku dapat tahu yang dia kapel dengan budak kelas sebelah, dan ada satu kali tu diorang boleh pulak masuk dating dalam kelas aku bila dah habis waktu sekolah. Kebetulan pula masa tu aku stay back sebab nak habiskan kerja sekolah add math. Dan bermula dari saat tu memang aku buang jauh-jauh perasaan minat aku dekat budak tu. 

Lepas je kejadian tu, tak ada apa-apa yang menarik berlaku dalam hidup aku. Sampailah satu ketika, bila aku perasan macam ada orang yang selalu curi-curi tengok aku. Tapi masa tu aku tak tahu lagi siapa yang mencuri-curi mengintai tengok aku kat sekolah tu. 

bersambung...

0 comments:

Post a Comment