salam.
After exam mood. Exhausted, but then aku dah spend almost 24 hours by just laying over like a croc. terbongkang dengan sebiji novel yang aku berjaya habiskan dalam masa 4 jam. Siap baca novel, azan subuh jadi terus solat and then tidur. Semalaman aku tak tidur. Penat otak.Aku dah tak nak fikir pasal exam siang hari tu. Aku dah decide yang aku akan terima dengan redha apa sahaja keputusan yang aku dapat. Lagipun usaha aku memang tak seberapa. Tu je. Mudah. Aku tak nak berharap lebih-lebih. mengharapkan keajaiban yang tak mungkin berlaku.
Memang giler aku rilek. Download ongoing malay drama series Nora Elena. Boleh la tahan. Jalan cerita memang menarik, memang patut la sebab drama tu diadaptasi daripada novel. But pelakonnya memang ramai yang kaku. tambah-tambah lagi kalau maknya si Elena tu. Memang pekat tahap budu bahasa kelantan dia. Aku rasa lawakla jugak. Aku kelantan juga tapi tak adalah sampai ke tahap tu bunyinya kalau aku bercakap. Mungkin mak cik tu lidah kelantan sejatii kot. Hahaha.. Still aku nak komen jugak part lakonan Aron Aziz (betul ke eja macam ni?) sila baiki lagi lakonan awak ye! hahaha..memang tak leh lawan hero malaya nombor satu, rosyam nor lah.
Berbalik kisah novel yang aku baca. Bagi aku menarik jugaklah. Pasal seorang perempuan yang ada tanda lahir kat muka dia dan benda tu menyebabkan dia sangat rasa rendah diri. Sangat malu dengan diri sendiri hingga sanggup tolak tawaran belajar sebab tak sanggup nak hadapi pandangan orang yang mungkin jijik dengan wajah dia, tapi sebenarnya dia adalah seorang yang sangat sopan dan berbudi bahasa. Tapi masih ada lelaki yang sanggup kawin dengan dia walaupun dia tak tahu sebenarnya perasaan lelaki tu pada dia sebab dia orang kawin atas aturan keluarga. Lepas kawin, walaupun tidur sebilik, lelaki tu tak pernah sentuh dia menyebabkan dia rasa yang lelaki tu jijik dengan diri dia. Cerita yang agak complicated, walaupun sebenarnya lelaki tu ikhlas cintakan perempuan tu seadanya. Aku sejujurnya tak percaya dengan semua ni. Mana ada lelaki yang mahukan perempuan yang tak cantik. Semua nak yang cantik bergaya. Kecil kurus molek. Tapi tu cerita je kan. Apa-apa boleh jadi.
Kawan aku pernah bagitau yang aku ni sangat rendah keyakinan diri. YA. Aku akui ianya memang betul. Sebab aku tak ada rupa paras dan sebab aku seorang yang gemuk. Aku lebih rela memendam perasaan hati aku selama hampir 7 tahun terhadap seseorang. AKu tak ada keyakinan untuk luahkannya. Sebab aku rasa yang aku tak layak untuk orang yang aku suka tu. Pernah ada seseorang yang nak berkenalan dengan aku. Aku sangat tak berani nak terima dia, sebab aku sangat takut terhadap penerimaan dia tentang fizikal aku. Akhirnya aku minta untuk kami tak berhubung lagi. Tu diri aku. Orang-orang kat sekeliling aku mungkin nampak aku seorang yang kuat dari segi luaran, tapi hakikatnya dalaman aku sangat rapuh. Aku tak percaya dalam komitmen antara seorang lelaki dan perempuan.
Abang aku pernah cakap yang aku ni gila. Bagi aku, tu pendapat aku. Dan aku tak pernah menghalang dia dalam hubungan dia. Aku tak percaya pun sebab aku tak pernah jumpa lagi orang yang betul-betul ikhlas dengan aku., sejujurnya selama aku hidup selama 22 tahun atas muka bumi tuhan ni, tidak ada yang pernah sukakan aku. Mana mungkin ada yang mahukan seorang yang gemukkan. Aku tak layak ke untuk semua tu? Aku pun ada hati dan perasaan juga.
Kadang-kadang aku rasa sedih bila dengar dan dapat tahu pasal kawan-kawan aku yang dah pun berpunya. Dia orang semua dah ada teman. Tapi aku masih lagi keseorangan. Memang aku rasa sangat keseorangan. Aku nak juga disayangi oleh seseorang dan juga menyayangi kembali. Aku nak dilindungi, dimiliki, dan yang paling penting aku nak disokong oleh seseorang takkala aku rasa diri aku hampir kecundang. Aku rasa semua tu. Semua aku manusia biasa. Dah menjadi fitrah sebagai manusia kena hidup berpasangan. Tapi entah bila giliran aku akan tiba. Akan terus menunggu dan menunggu. Mungkin akan tiba tapi entah bila.
Cuma satu yang pasti, selagi aku tak bekerja, aku tak mungkin akan berkahwin. Kadang-kadang rasa macam lawak pula bila fikir pasal bab ni. Tak ada orang yang nakkan aku, so macam mana aku nak kawin? hahaha...limbic system is sooo complicated compared to respiratory system right? hahaha...Sebab family aku adalah the old school style. Aku kena balas jasa dia orang dulu for few years, maybe nanti-nanti dah umur aku dekat 35 tahun barulah semua orang dalam family aku akan sibuk-sibuk nak suruh aku kawin. Dan akan keluarlah pelbagai teori sebab aku masih tak kawin-kawin lagi even aku dah umur 35 tahun masa tu. Maybe lah. Semua ni bayangan aku aje. Tapi mintak jauhlah. Kalau ikutkan perancangan aku, paling lewat kawin pun bila aku dah umur 25 tahun, tapi memandangkan sekarang aku dah berumur 22 tahun, maka aku hanya ada balance selama 3 tahun sahaja lagi.
Mana aku nak cari seseorang yang ikhlas dan sanggup terima aku seadanya? Kat tempat aku belajar sekarang ni, mostly semua dah ada steady masing-masing. Aku bukan jenis yang terhegeh-hegeh to the opposite gender. And i'm not a very socialized person. Up to this point aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Tunggu ajelah. Nanti-nanti tu adalah. Tuhan dah tetapkan jodoh setiap hambanya.
Its true that sometimes we might feel that life is sucks, but that's reality. Face it!
Dan diantara fantasi yang begitu membahagiakan, aku lagi rela hidup dalam realiti yang menyakitkan.

0 comments:
Post a Comment