Si Pembebel Siber

Seorang hamba di bumi ciptaan Pencipta. ~masih lagi dalam pencarian~

Hakikat cinta.

by | |
Salam.

Satu mug nescaffe panas. Sungguh menyelerakan. Stimulate reticular activating system to arouse you from getting sleepy. Niat di hati nak study dan ulangkaji, tapi lapar pula perut tengah-tengah malam ni. Nampaknya hunger sensation dah menyebabkan aku hilang konsentrasi dan tak dapat nak belajar. Tapi bila aku check stock makanan, tak ada apa-apa yang dapat dimakan, even biskut kering pun tak ada. Maka terpaksalah tahan perut. 

Tu kisah hubungkait antara perut dan daya tumpu seorang pelajar. Sebab tu sebelum mula belajar, pastikan perut tidak kosong. Sumber utama glukosa daripada karbohidrat amat penting untuk otak menjalankan fungsinya. Teringat zaman sekolah dulu-dulu, cukup malas nak bersarapan sebab tak mahu mengantuk dalam kelas, tapi mama tetap paksa suruh makan sarapan juga. Katanya ada keberkatan dengan bersarapan pagi dan penting untuk tenaga sepanjang hari di sekolah. Sekarang bila dah hidup bersendirian di rantau orang ni, memang tak ada sesiapa yang nak masakkan sarapan pagi lagi, jadi sekadar makan apa yang ada. Selalunya cuma roti dengan jem sahaja. Itu pun kalau ada roti, kalau tak ada maknanya telan air kosong sahaja. 

Dari mata turun ke hati. 
Berdebar-debar hati tak siapa yang tahu.
Kerana cinta turun ke hati,
semua itu orang dah tahu.



Berfalsafah tentang cinta. Tak habis untuk dibincangkan. Sekadar terdetik untuk menulis selepas terfikir wujudkah cinta untuk diri aku ? Mengapa aku bertanya begitu? Nampaknya masih tidak sedar bahawa terlalu banyak cinta telah membutakan hati. Terlalu banyak cinta pura-pura yang aku kejar menyebabkan aku tidak sedar akan cinta hakikiNYA yang tidak pernah tinggalkan diri ini dalam apa jua keadaan sekalipun. Cinta keluarga yang menjadi pendorong untuk aku terus maju dalam meniti kehidupan seharian.

  Cinta dari sahabat pula aku tak berapa nak percaya. Entahlah. Sebab bagi aku, dari pemerhatian peribadi akulah, apa yang aku nampak, manusia berkawan atas kepentingan diri masing-masing. Andai ada faedah yang boleh mereka ambil, maka dari situlah akan bermula sebuah persahabatan. Memang tidak dinafikan dalam sebuah hubungan even berkawan pun kena ada give and take, tapi apa akan jadi kalau lebih banyak berlakunya situasi ambil kesempatan dalam bersahabat? Redha sahaja? ermm...

Kata orang, di antara dua manusia, apabila diam menjadi sesuatu yang selesa maka itu adalah petanda bagi sesuatu. Samaada mereka sudah saling faham memahami ataupun mereka sudah semakin jauh antara satu sama lain. Makin renggang. Silence kills! Betul ke?

Kompleks sungguh sebuah kehidupan. 
Pelbagai rasa yang terkumpul tak mampu untuk diluahkan dalam bentuk tulisan. 
Kadang-kadang diam sebentar dan berfikir sejenak mampu untuk meredakan kekusutan yang melanda.

~bye

***niat aku menulis blog ini adalah sekadar sebagai tempat untuk meluahkan perasaan sahaja.
Jadi bila  letak widget followers tadi, aku terfikir balik, adakah pengikut yang aku mahukan?~jawapannya tidak.  Maka aku buang balik widget tu dan kekalkan konsep widget-free untuk blog aku ni. Cukuplah sekadar aku puas hati selepas dapat baca entry-entry lama aku. 

Andai ada yang tersinggah, terjumpa dan terbaca, selamat datang dan selamat membaca.


0 comments:

Post a Comment