Aku memang tengah menggila sekarang ni. Kenapa? Pertama-tamanya aku nak jelaskan yang aku tak ada perasaan dengki sikit pun kepada mana-mana pelajar di mana-mana universiti di seluruh dunia ni yang dapat biasiswa ataupun bahasa mat salehnya scholar. Tak kiralah universiti swasta ataupun yang awam punya. Tahniah sebab kamu semua dapat biasiswa tak kiralah JPA, MARA ataupun mana-mana yayasan ataupun badan berkebajikan yang lain. Ok. Aku pelajar ok. Tapi aku mak ayah aku yang tanggung. Selama aku duk minta pinjaman atau biasiswa, semua tak pernah dapat. Nak kata aku tak berkelayakan, aku lepas je semua syarat. Mudah katanya bukan rezeki aku lagi. Tapi yang membuatkan aku bengang nak pecah otak bila mana ada satu makhluk bernyawa ni yang cakap ikut sedap mulut ja. Takpalah si makhluk tu membebel, aku tak kisah. Tapi yang buat aku tersentap pasal dia duk bising-bising suruh bayar duit gas rumah. Bising-bising sampai ke rumah jiran pun dengar. Aku tahulah hutang tu wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Masalahnya sekarang ni, ak dah dekat 2 minggu poket kering. Dalam dompet aku memang kosong, atas meja study aku ada duit 2 ringgit je. Aku nak bayar macam mana?????.....Tambah lagi sekarang ni tengah bulan. Bukan aku tak boleh mintak dengan bapak aku, tapi aku kesian la jugak kat dia, adik-adik aku ramai lagi yang sekolah. Bukan seorang dua. Tapi empat lima orang. Makan minum diorang lagi. Pasal tu la aku cuba untuk bertahan sampai hujung bulan ni. Dah agak-agak hujung bulan nanti aku bayar la duit gas yang berapa sen tu. ( masalahnya bila aku tengah sengkek tak ada duit ni, yang berapa sen tu jugalah yag aku memang tak mampu nak bayar). Mungkin si makhluk tu tak pernah merasa hidup susah tak ada duit. Jadi dia tak faham. Nak buat macam mana, rezeki masing-masing kan?. Tak apa, hari ini aku susah, rezeki kemudian hari siapa yang tahu.
Aku tak salahkan si makhluk tu. Dia tak tahu situasi aku. Dan aku tak perlukan simpati dia andainya dia ter"tahu" mengenai masalah aku. Lagipun ramai je lagi susah dari aku. Apalah sangat aku ni.
Macam inilah hidup seorang pelajar. Nak-nak lagi kalau pelajar persendirian. Aku ptptn pun tak ada. Nak ada macam mananya. Kat tempat aku memang tak diperuntukkan ptptn, kalau ada dah lama aku minta. Tak ada lah jadinya aku mencurah perasaan macam ni. Serius aku sangat sedih, tapi air mata aku tak mampu nak keluar.
Pernah ada satu kali tu, handset aku memang kosong kredit. Tiba-tiba masa tulah aku kena buat panggilan yang penting. Tapi aku tak ada duit. Seingat aku, dalam kotak pensil ada dalam 5 ringgit. Kat tempat aku ni, tak ada top-up 5 ringgit, paling-paling sikit pun 10 ringgit. Nak pinjam, bagi aku tak perlu lagi kot. Setakat nak beli top-up aje pun. Akhirnya, sambil berselawat banyak-banyak dalam hati, aku pergi seluk semua baju sejuk aku dalam almari, semua kocek dalam beg yang selalu aku guna. Minta-minta la ada duit yang aku tertinggal kat dalam tu. Dan alhamdulillah, dalam duk mencari, aku dapatlah 4 ringgit. Manalah aku nak cari lagi seringgit? Aku pun beleklah semua buku-buku atas meja, manalah tahu ada duit yang terselit ke. Tapi sayangnya tak ada. Sepuluh sen berkarat pun tak ada. Tahu tak macam mana perasaan aku masa tu? Sedih yang teramat sangat. Tak tahu macam mana aku nak tulis kat sini. Tapi nasib baiklah aku jumpa jugak akhirnya duit seringgit kat dalam tupperware yang aku letak bedak dengan sikat aku. Masa tu, Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Bersyukur sangat. Maka nak dijadikan cerita, aku pergi beli top-up tu kat satu kedai. Korang semua bayangkan, aku bawa duit syiling sebanyak sepuluh ringgit untuk beli top-up sepuluh ringgit. Nak tahu mamat jual top-up tu kata apa? " Apa ni? syiling-syiling ni?" dah lah dia siap buat muka lagi masa tu. Memang aku terasa sangat hina masa tu. Salah ke aku guna duit syiling? Bukannya tak cukup duit tu. Bukannya aku minta dia bagi free kat aku top-up tu. Aku bayar guna duit juga. Cuma duit yang aku ada masa tu duit syiling je. Dan masa aku tengah jalan kaki nak balik rumah, dengan perasaan sebak dalam hati, aku terfikir yang dunia sekarang ni, kita akan dipandang mulia bila kita berharta dan berduit. Nak kata aku ni berharta dan berduit tu memang sah-sah tak. Harta yang aku ada sekarang ni cumalah ilmu pelajaran yang mak bapak aku bagi. Dan dengan ilmu itulah yang aku akan guna untuk buat duit bila aku dah kerje esok.
*** sedih aku masih lagi tak habis. =(

2 comments:
baguih tue...boleh dijadikan sebagai motivasi untuk kejayaan yang lebih gemilang dimasa hadapan...
hurm...tapi adatlah bersusah-susah dulu,
senang tu kemudian. betul tak?
Post a Comment